Wednesday, December 31, 2008


semoga Allah Memberkahi Tahun ini




salam HIJRAH salam BERUBAH

"sesungguhnya kami tidak akan mengunabah sesuatu kaum itu melainkan mereka (beriltizam) mengubah diri mereeka sendiri"
ar-rad 11

jejak sufi.

Tuesday, December 30, 2008

Penutup 2008 yang sadis buat Dunia:

Bencana dan rencana.

Bom di Kashmir, meletup di Mumbai.

Pengeboman di Mumbai memeranjatkan kita. Apatah lagi warga Malaysia adalah di antara yang terbunuh. Sudah menjadi budaya kaum hindu dan pemimpin India sejak dari tahun pemerintahan Raja zalim Asoka lagi menindas dan menzalimi kaum muslimin disana. Sejak dulu lagi masjid sering dirampas lalu diruntuhkan atau dijadikan kandang kuda dan tempat pembuangan sampah (lihat buku : India dan sejarahnya oleh abu ali al-banjari a.k.a syiekh ahmad fahmi zamzam an-nadwi al-maliki). Diskriminasi bukan lagi satu keanehan.

Jadi tidak hairanlah jika setiap hari letupan membunuh kaum Muslimin di Kashmir tidak diendahkan. Sedangkan sebiji letupan bom di Mumbai terus diwar-warkan dan dicari dalangnya. Seperti biasa, Islamlah punca segalanya. Mungkin sudah sinonim Islam dikaitkan dengan keganasan. Segera Pakistan menghulur tangan damai dengan seterunya India. Apakah kerana takutkan sesuatu?. India pula memanipulasi keadaan meminta ekstradisi dari Pakistan.



Demokrasi sempurna ciptaan barat.

2008 memperlihatkan kita kesempurnaan demokrasi barat. Lihat sahaja sikap prihatin mereka menjaga dunia Arab. Palestin, Iraq, dan Afghan antara contohnya. Demokrasi mula berbuah disana. Begitu jua Saudi di bayar jutaan dolar setiap tahun. Mungkin Iran bakal menyertai ‘saudaranya’ Iraq. Malaysia jua nyaris dicampur tangan oleh ‘Hakim Dunia’ ini dikala isu kebebasan demokrasi dicalari dengan tindakan akta keselamatan dalam negeri (ISA). Thai akhirnya berjaya melalui demokrasi ‘sihat’. Ribuan tercerdera sementara peralihan 5 presiden negara gajah putih itu berlangsung. Inikah kesempurnaan demokrasi yang diajarkan oleh barat kepada kita?.



Kebergantungan kepada Tuhan kedua.





Selain mempercayai tuhan agama masing-masing. Pemimpin dunia termasuk Malaysia mempunyai tuhan kedua, mungkin ketiga selepas kuasa dan wang. Ia adalah sang maha kuasa Amerika. Jelas saja, segalanya dipasrahkan kepada mereka. Samada dari sekecil benda seperti menumpang lalu jet pejuang sehinggalah ekonomi dan mata wang. Pakistan-india turut mengharap intervensi AS dalam perdamaian mereka. Mujurlah dewa Rise dihantar membantu.

Kesan kebergantungan dari segi dagangan antarabangsa. Pemulihan demokrasi sehinggalah penyelesaian sekecil masalah mengecewakan, apabila Tuhan ke2 para pemimpin ini sebenarnya jahil. Demokrasi mendaji demo-kerasi (loghat kelantan : mereka yang mengerasi). Ekonomi hancur. Perkongsian Malaysia dan Jepun dalam perindustrian terjejas adalah implikasi dari penurunan 8.1 % dalam industri tersebut. Ribuan menganggur dan dibuag kerja. Perdamaian menjadi kehancuran. Jutaan terkorbandan cedera . Lembaran tulisan perjanjian ini dan itu ternyata tidak berguna. Bahkan semua penghuni dunia menanti keretakkan negara, menanti penuh debaran masa depan pada tahun 2009. Mesir pula tidak ketinggalan, salah satu sumber ekonominya jatuh mendadak sebanyak 30%(industri perlancongan) menyebabkan negara bersejarah itu menjadi tempang . Mungkin Malaysia agak bijak menandatangani MOU dengan kuasa besar dunia arab Republic Islam of Iran.

Tidak mengapa dunia, mungkin tuhanmu itu telah lemah kerana sudah dibaling kasut oleh Muntadhar (14.dis) . Nah, kini kau nantilah tuhan mu yang baru. Mr. Presiden America yang baru ditabal pada 5 nov. kerana yang dulu sudah bersara. Mr. Obama dikau harapan kami…..


kritis
Jejak sufi

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia (siri 2)



Pendidikan kesepian.


Sungguhpun dinafi oleh Timb. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed anuar Syed Muhammad. Al-haqir tetap memadang isu yang diketengahkan oleh ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudin adalah isu berat. Penafian dibuat dengan merujuk kepada bebarapa individu yang berjaya menempa nama negara melalui instutusi pendidikan. Tetapi penafian tersebut tidak merujuk kepada mejoriti. Kerana seseuatu penafian mestilah melalui proses induktif. Faktanya prestasi penuntut IPT sememangnya merosot. Jika merujuk sekitar tahun 1998 keterlibatan mahasiswa dalam arena politik menghanyutkan prestasi cemerlang. Namun para pelajar berdepan dengan suatu simptom yang dikotogorikan kronik oleh rasulullah saw. symptom tersebut adalah malas.

Masih belum cukup jika kita hanya membanggakan universiti Malaysia dibuka di London (LUOCE). Persektif kita sendiri terhadap diri masih belum cukup. Ia perlu dibuktikan dan diaplikasikan. Statistik menunjukan lambakan pengangur adalah lepas IPT. Malahan penuntut yang masih belajar sendiri mununjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Baru-baru ini serbuan dibuat keatas kegaiatan merempit di bandatraya Ipoh, apa yang memeranjatkan 60% mereka terdiri dari pelajar berasrama penuh. Keputusan PMR yang keluar pada 30 nov tahun ini menunjukan peninggkatan pelbagai mata pelajaran kecuali geografi dan bahasa Arab. Mengapa begini, mengapa berlaku kegagawan dan kekacauan ini. Mengapa kecelaruan ini terjadi. Bukankah sepatutnya mererka yang berasrama penuh yang dianggapa cerdik lebih bermoral, begitu jua pelajar IPT. Malahan lepasan IPT banyak yang menganggur.

Hiburan yang mengajar.

Kita beralih mata kepada dunia hiburan. Golongan artis adalah idola remaja kini. Dari gaya bercakap, menyanyi higgalah cara berpakaian. Golongan ini menunjukan contoh yang amat baik sepanjang tahun 2008. Rancangan realiti Gadis melayu mengajar berhipokrit secara halus. Lagi yang mencuri perhatian, Abby menuntut cerai kerana suaminya Norman diketahui melakukan sesatu yang tidak sepatutnya. Zarina Ann Julie dibongkarkan bergambar separuh bogel sebanyak 2 kali. Ida Darina dan Fauziah Nawi dikatakan melakonkan vedio lucah, sungguhpun mereka berdua tegas menafikan. Faizal Tahir di “gam” sementara kerana menbuat aksi luar biasa melanggar adab dan tatasusila. Rosna Mad Arif secara terbuka menghina wanita suci Ummul Mukminin Sayditina Khadijah ra. Mawi tanpa segansilu bergurau senda dengan pasangannya Ikin diatas pelamin. Entah apa lagi perlu diceritakan.




puncanya.


Menghairankan dari manakah mereka ini, bukankah artis jua dating dari instutusi pendidikan sebelum ke dunia hiburan?. Mereka juga digilakan para remaja yang sudah semestinya sedang berda di dunia pembelajaran.

Kecacatan dalam proses dan sistem pendidikan menbuahgkan semua kecacauan ini. Riddah fikriah antara perkara utama perjuangan Sayyid Abul hassan an-nadwi, bagi beliau kesesatan adalah apabila metodologi barat diterima pakai sepenuhnya dalam pemikiran dan pendidikan. Oleh itu sisitem pendidikan islam yang maju dan terkedepan perlu diserapkan kembali kedalam pembelajaran Malaysia. Rukun ta’lim (pembelajaran),Ta’dib(pembentukkan), tadrib (pengaplikasian), seperti yang diajarkan oleh al-marhum Syiekh niamat yusuf (tokoh cendikiawan Islam Kedah: mati 2003) antara perkara yang perlu dikaji dan dinilai untuk diserap masuk kedalam pendidikan Malaysia agar menjadi cemerlang dan gemilang. Sememangnya, pendidikan islam telah dibuktikan keberkesanannya oleh sejarah. Tokoh-tokoh dan para cendikiwan Islam terdahulu antara produk pendidikan yang berkesan. Kecerdikkan Intelek (neocortex) di samping emosinal (terletak pada (lymbics system) diseimbangkan dengan kecerdikan spiritual (temporal obe).


tinta
Jejak Sufi

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia & Dunia.




Sambutan maal hijrah 1430 disuburkan dengan bacaan al-quran diserata tempat. Pihak media elektronik tidak terkecuali mengambil bahagian. Maklumlah, setahun sekali bacaan al-quran diperdengarkan di stesen mereka. Tambahan pula kemangkatan Yang di_Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’far disimpan sehingga 3 hari. Mungkin bacaan al-quran boleh merehatkan rohnya sekali pun jasadnya disimpan agak lama.

Tokoh-tokoh setiap negeri diberi pingat. Datuk Seri Harun Sani Zakaria pula mendapat anugerah tokoh Maal Hijrah Negara. Tahniah diucapkan. Beliau seorang yang berkarisma disamping kredibilitinya dalam memimpin dan menunjukkan keberanian dalam menyatakan kebenaran. Usianya yang lanjut tidak setanding jika dibandingkan dengan kekuatan dan keberaniannya. Sekali lagi tahniah diucapkan. Kepada pihak yang menganugerahkan pingat tersebut, al-haqir ucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat. Beliau telah berkhidmat kepada kaum muslimin sejak tahun 1985 lagi. Fatwa- fatwa beliau bukan sekadar berani malah lebih rasional dan menepati kaedah fiqh syafieah jika dibandingkan dengan beberapa mufti yang lain seperti Datuk Dr. Asri Zainal Abidin (mantan mufti perils) dan Datuk Noh Gadut (Johor). Ketegasannya dalam memerangi IFC, SIS, Islam liberal, isu murtad tidak dapat lagi diragukan. Betapa besarnya jasa beliau.

Semasa ditemu bual mengenai isu Blogger yang menghina nabi, sambil bersahaja beliau menyindir “ liberal apa?. Sepetutnya jika liberal lebih terbuka, memerima semua fahaman, bukan menghina , kita (Islam) tidak pernah menghina mana-mana agama, tidak menghina Jesus pun….sepatutnya lebih tinggi kepintaran intelektual kita, lebih rasional pemikiran kita, tidak bertindak seperti binantang. Malangnya mereka ( diajukan kepada si jijik yang menghina Junjungan Besar Saw. ), makin tinggi kuasa inteleknya makin rendah martabat. Merendah sehingga ke tahap bintanang, merendah dari garisan kemanusian”. Benar kata beliau sepatutnya mereka yang mendakwa diri sebagai liberal ini memahami konsep convivencia.


Sekilas pandang dalam menyambut hijrah.

Datuk Noh Gadut mencadangkan beberapa personaliti dan selebriti antarabangsa dibawa masuk kedalam Malaysia dalam meraikan tahun baru hijrah 1430 ini.mereka temasuklah beberapa bekas tentera Amerika yang mendapat hidayah semasa misi penjajahan bumi Iraq, Yusuf Islam (Cat Steven), dan Michael Jackson . Mungkin ada baiknya sebagai pendekatan kepada masnyarakat kini. Tetapi rasanya lebih baiklah Michael Jackson itu tidak dibawa kerana beliau hanya menconteng arang kemuka Malaysia amnya dan Islam khususnya . Beberapa bulan lalu beliau ditemui keluar dengan menutup kepala anaknya dengan beg kertas, dan beliau berpakaian seperti wanita arab. Bagi pendapat al-haqir secara teorinya Jackson sudah psycho.





Kuasa hijrah, kuasa berubah.

Penghijrahan bukan sekadar Imigran (pemindahan dari satu lokasi ke lokasi lain). Rasulullah saw. membawa sesuatu yang lebih agung dari itu. Hijrah bukan sekadar perubahan kepada peningkatan diri, atau kemajuan negara. Ia lebih besar dari itu. Penghijrahan adalah bermaksud kuasa perubahan, reforms. Kuasa bererti kuat. Oleh itu Ummat Islam secara individu perlu mempunyai kuasa, negara Islam secara global pula perlu memiliki kekuatan.

Kuasa yang dimaksudkan adalah kuasa dari pelbagai aspek. Bagi negara ketenteraan yang utuh, kuasa perundangan Islam yang tegas, penguasaan ekonomi dunia adalah perkara yang perlu dititik beratkan. Bukannya soal politik yang makin hari makin memualkan. Minda muslim perlu ditumpahkan dan difokuskan kepada integriti, intergrasi, dan nilai- nilai yang murni yang lain dibawa oleh baginda seperti efektif, pro-aktif, produktif dll.

Kuasa hijrah bukan sekadar pembangunan individu, masyarakat mahupun negara yang bersifat material sahaja. Malahan yang paling penting adalah pendidikan kerohanian atau pendidikan jiwa. Mendidik masyarakat dan diri muslim menuju puncak keluhuran taqwa adalah sukar. Apatah lagi jika mendidik negara menjadi taqwa. Tetapi itulah gunanya kuasa hijrah. Hijrah mampu merubah segalanya. Masyarakat muslim Mekkah ketika sebelum berlakunya hijrah mereka merasa lemah dan ditindas. Selepas hijrah mereka berubah. Bilal kini bukan sahaja bebas mindanya dari dijajah kesedihan, jasadnya jua telah bebas dari kesakitan. Akhirnya membuatkan beliau menjadi peniaga yang berjaya.

Masyarakat muslim Mekkah sebelum berlangsungnya hijrah umpama tikus. Hanya keluar dimalam hari untuk beribadah. Namun kuasa hijrah membuatkan mereka berubah menjadi singa di medan perang. Jika dulu mereka hanya membenci penzaliman akhirnya mereka berjaya menentangnya bahkan merialisasikan keadilan di benua Asia, dan Afrika termasuk sebahagian dari Eropah.

Inilah ia kuasa hijrah. Kuasa berubah. Kuasa refomasi. Tinggalkan sengketa, kemalasan, ketamakan. Oraklah langkah besar. Cukuplah ummat Islam selama ini hanya berdiskusi , tunjukkan kepada dunia kita bukan sahaja mampu berdiskusi dan memutuskan resolusi, tunjukkan kita bukan sahaja mampu duduk dan bermuzakarah membuahkan fatwa lalu dipertikaikan oleh semua lapisan masyarakat., kita bukannya komuniti gergasi yang sering inginkan perpaduan disamping mengkafirkan sebahagian dari kita.Bahkan kita bukan seperti itu.

Ayuh kita nyahkan sikap negatif dan tanggapan sinis dunia. Bersatulah mengorak langkah. Binalah jambatan antara jamaah dan ideologi agar terbentuk sebuah monolitik dan integrasi,kerana yang menyatukan kita adalah kalimah tauhid yang satu. Kalimah yang diucapkan kita semua setiap kali bertasyahud. Kalimah itu bukan sahaja diucapkan bangsa kita atau golongan kita tetapi ummat Islam keseluruhanya termasuklah mereka yang kita benci selama ini. Kita disatukan oleh Allah dengan talian persaudaraan. Mengapa pula kita membina tembok persengketaan.

Ayuhlah kita ulangi hijrah Rasulullah dan para sahabat. Mereka tinggalkan berhala-berhala disekeliling kaabah, kita tinggalkan berhala didalam hati kita, berhala didalam perundangan negara yang dibina oleh mereka terdahalu atas dasar kejahilan . Berhala kenegaraan yang diajarkan oleh Barat semasa imperialisme pada tahun 1914. Hijrahlah dengan membina ketamadunan dan kemenangan. Binalah negara serambi Madinah Rasulullah. Binalah tapak dihati sebagai serambi para sahabat. Membina persaudaraan antara bangsa demi menegakkan negara. Bersatulah seperti Aus dan Khadraj. Komitedlah dalam persaudaraan ini seperti Ansar dan Muhajirin. Tidak kira apapun bangsanya melayu ataupun jawa. Manapun buminya Malaysia mahupun Arab. Bagaimanapun rupanya mancung mahupun kemek. Kita tetap satu dan perlu bersatu dibawah panji Muhammadiah.


Hadiah Zionist buat Gaza sempena Maal hijrah.

gambar : 27 dis 08, Tebing gaza










Kecuaian Mahmud Abbas dari parti Fattah dalam memerintah Palestine memburukkan lagi keadaan. Fattah masih gilakan darah saudaranya Hammas. Pengeboman dan keamukan yang mengila babi oleh yahudi terhadap saudara kita disemenanjung Gaza adalah hadiah buat mereka. Tamparan hebat kepada boneka yahudi di negara-negara arab dan ummat muslimin keseluruhannya. Mayat pasukan keselamatan Hammas ditemui bergelimpangan dalam keadaan mengerikan memberikan bara api kepada kemarakkan semangat jihad bagi mereka yang prihatin. Brigadier General Dan Harel berkata “ sempena tahun baru Hijrah, tumpuan kami (yahudi) adalah pejabat kerajaan, kilang, pejabat keselamatan dan banyak lagi kawasan yang dikenal pasti milik penyokong dab parti gerakan Hammas”














Iran, walaupun berakidah syiah…para ulama terkemuka dinegeri itu memberi mesej jelas kepada yahudi dan negara Islam apabila mendaftar diri sebagai sukarelawan untuk membantu Gaza selari dengan penglepasan laman web www. Rohaniatmobarez.com. Barisan Pembela Islam (FPI) pula mengumumkan sudah siap sedai mengahantar pasukan bantuannya dari Jakarta.

Dunia ummat Islam hanya menjadi penonton aksi keganasan yahudi. Mesir tetap konsisten dalam menutup sempadanya kepada adiknya palestien. Bukan sekadar sudah 2 tahun muslimin Palestine merana kerana terhalang memasuki Mekkah memalui sempadan itu, bahkan pelarian jua tidak dibenarkan menumpang teduh. Mesir lebih sanggup melihat saudaranya mati dihadapan mata mereka daripada menghulurkan tangan. Nampaknya bukan sekadar Annuar saddat, Perdana Menteri mesir kini juga berhati binatang. Mesir masih belum puas menghirup darah para pejuang, walaupun setelah dihidangkan darah para pemimpin mujahid seperti As-syahid Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Mungkin Mesir adalah kembar kepada Turki, negara 2 wajah. Negara yang dimaklumkan di dalam surah ali-Imran ayat 100.

Kuwait dan Malaysia bersependapat. Mengutuk setiap kali serangan dilancarkan oleh Zionist. Tanpa bertindak mereka mempercayai rundingan damai antara 2 pihak sungguhpun jelas disebut dalam surah Baqarah dan ayat 120. dalam ayat 36 surah at-Taubah pula menjelaskan bahawa perjanjian damai bukanlah jalan penyelesainan dalam siri keganasan ini. Didalam film Lion for lamb, jua menunjukkan membela diri adalah ekspresi fitrah semula jadi apabila senator dalam film itu (dilakonkan oleh Tom Cruis) menyindir kepada pemberita yang bertanya kepadanya “apakah anda membalas serangan dengan perjanjian damai?”. Sikap Malaysia yang suka mengambil ringan dalam persoalan agamalah yang membuatkan ia dipandang sinis oleh agama lain sehiggakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad berani dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Al-haqir bukan mengajak masyarakat melayu khususnya untuk berperang di Malaysia menentak non-muslim. Tidak jua bermaksud menyokong radikalsme. Ini sekadar satu kesedaran bahawa semua kita yang menganggotai komuniti muslim tanpa sempadan ini perlu mengambil berat dan membantu saudara kita di bumi suci Baitul Maqdis dengan segala kudrat termampu bahkan tenaga ketenteraan jika diperlukan. Begitu jua isu ummat diselatan thai, 29 Disember lalu berita thai melaporkan 3 lagi pejuang Islam berjaya ditembak mati.

Untuk membagun kekuatan. Diri kita, keluarga , masyarakat dan seluruh negara Islam perlu melakukan penghijraan besar-besaran. Hindarkan selar-menyelar, hasad dengki dan segala sifat mazmumah. Binalah nilai positif (sifat mahmudah). Ceduklah ia dari lautan kesempurnaan Muhammad saw. yang pernah diceduk oleh para sufi terdahulu, yang pernah dihurup kemanisan dan kejayaannya oleh para ulama dan umara. Rasailah kesegaran, kemanisan penyatuan dan kejayaan dengan berhijrah ke lembah taqwa. Kerana dengan pembinaan taqwa ia melahirkan emisi dari Ilahi. Lahirlah daulah rahmat daulah taqwa, seperti disebutkan di dalam ayat 15 surah As-saba’ dan Al-a’raf ayat 56-58.

Sabda Rasul:

ﻋﻦﻋﺎﺌﺸﻪ ( ﺭ ) ﻗﺎﻠﺖﻗﺎﻞﺍﻠﻧﺒﻲ( ﺺ )ﻻﻫﺠﺭﺓﺒﻌﺪﺍﻠﻓﺘﺢﻭﻠﻜﻦﺠﻬﺎﺪﻭﻨﻴﻪﻭﺍﺬﺍﺍﺴﺘﻓﺮﺘﻢﻓﺎﻨﻓﻓﺮﻭﺍ

dari Aisyah ra. berkata : Nabi saw bersabda: sudah tiada lagi hijrah (perpindahan dari mekkah ke madinah di kira sbg. pahala) setelah pembebasan Mekkah, tetapi yang ada hanyalah (penghijrahan) Jihad dan Niat, sekiranya engkau dipanggil ke medan jihad maka bersedialah menyahutnya.
Disepakiti hadis ini.

Hadis bukhari dalam bab Jihad, muslim dalam imarah.

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia (siri 1)








Kerakusan politikus atau demam rakyat.

Tahun 2008 adalah tahun amat berwarna-warni. Pelbagai fenomena memeranjatkan, rancangan Tuhan dilaksanakan dengan kekuasaanNya. Tiada apa yang dapat menghalang. Pembentangan bajet yang agak kecil peruntukkannya buat rakyat membuka tirai beberapa bulan sebelum 2008 menjelang. Semua parti politik menjadi gamat apabila pilihanraya umum menjelang pada bulan Mac. Isu minyak menjadi perbahasan hangat apabila pembangkang mempolitikkan isu ini, kerajaan sedia ada cuba membersihkan diri dengan 1001 alasan. Tidak lupa jua , isu pada awal tahun ini telah menjadi pembuka selera kepada pembangkang apabila Mantan Menteri Kesihatan Choi Sew Lek mengejutkan negara dengan skandalnya yang amat menjijikkan. Lebih menjijikkan seorang pemimpin yang runtuh moralnya tetap dijulang pada pemilihan MCA. Choi diisytihar menang pada tanggal 18 okt. Hari besejarah, demi periuk nasi rakyat Malaysia yang merakyat berteraskan rukun negara kesopanan dan kesasusilaan tegar memilih pemimpin rendah moral menerajui parti mereka.

Kemenangan kuasa alternatif rakyat membentuk kerajaan campuran di beberapa buah negeri merobohkan tembok perkauman yang menjadi amalan politik Barisan Nasional. Pakatan rakyat bukan sahaja disertai oleh parti yang bersifat agresif dan aktivisme Democrat Action Party(DAP) yang majoritinya adalah mereka yang berbangsa Cina, malahan Parti Islam jua (PAS) menjadi salah satu tunjang utama walaupun hakikatnya mereka disatukan oleh parti berdasarkan liberalisme PKR. Perhimpunan Protes dan JERIT menimbulkan pelbagai tanda tanya. Dihujung tahun parlimen kembali bergegar apabila Penasihat PKR kembali untuk bersilat bersama-sama Presiden Pas dan Penaung DAP. Belum sempat habis bersorak, misi 16 September gagal.

Barisan Nasional kian goyah parti komponennya bertelagah sesama sendiri. Umno pula menjadi kian runcing setelah dicemari politik wang dan perebutan kuasa dalam pemilihan jawatan kuasa pusat. Manakala negara terus di beri pingat apresiasi apabila dunia melabelkanya sebagai negara ke 47 daripada 100 negara paling banyak rasuah. Bagi meperkukuhkan kembali media berkerja sama memburukkan Pakatan Rakyat dengan menukar nama yang indah itu kepada Pakatan Pembangkang (al-Ahzab agaknya), memprovokasi isu ternakkan khinzir dsb. Namun sikap ketamakkan BN masih tidak berubah, pemilihan Umno baru-baru ini memperlihatkan dua calon ketua wanita berebut tahta.

Kemualan dalam menyertai Umno membuahkan hasil lumayan kepada pembangkang. Seorang demi seorang ahli BN gugur melompat ke parti lawan termasuklah Ketua Umno cawangan Petaling Jaya, selangor Kepten (B) Datuk Zahar Hashim. Ini ditambah pula apabila PM Malaysia ke 4 Tun Dr. Mahathir kembali turun padang membongkar kebobrokan partinya sendiri.

Perjalanan 2008 juga amat mengerikan. Saban hari akhbar memaparkan kes jenayah rompakan, bunuh, pemalsuan sijil kelayakan perubatan, dan sebagainya. Kes jenayah sudah bagai satu kebiasaan. Mayat demi mayat ditemui dalam keadaan yang sadis, ada yang dibakar, di telanjangkan dan sebagainya. Mangsa sudah tidak kira usia, malahan pelajar jua mati dibelasah di kebun getah (18 dis. kuala nerang). Kemanusiaan sudah terhakis sementara pemimpin asyik berpolitik. Apatah lagi sistem kehakiman yang tercalar apabila Penasihat PKR cuba membongkar korupsi dalam video Linggam. Kekejaman manusia khususnya di Malaysia diteruskan apabila warga Mongolia turut diletupkan dengan bom. Sekali lagi sistem perundangan Malaysia menunjukkan ketelusannya,31 okt. Abdul razak Baginda bebas tanpa perlu membela diri.

Isu bukit Antarabangsa turut menjadi mangsa. Runtuhan bukit juga boleh dipolitikkan. Bertapa jijiknya ‘keikhlasan’ mereka. Sedangkan mangsa banjir yang menjadi rancangan tahunan Allah di pantai timur tidak dipedulikan. Apakah kerana status penduduk bukit antarabangsa menjadikan mereka layak menikmati bantuan sebegitu rupa. Dihidangkan makanan hotel terkenal dipagi hari raya, sedangkan mangsa banjir hanya memakan nasi sejuk bungkus?. Kematian di bukit tersebut dilaporkan hanya 5 orang setakat ini.

Begitulah landskap politik Malaysia tahun ini, isu perkauman sering dimainkan. Belum terjawab isu ketuanan melayu yang sudah nyata tidak releven. Isu papan tanda dipolitikkan. Hak kaum bukan Muslim dalam mengaut keuntungan dari ternakan khinzir dinafikan.

Akhirnya , para politikus ini dikejarkan dengan pilihanraya kecil kali kedua pada 2008. Setelah Permatang Pauh, kini P36 Kuala Terengganu pula menjadi rebutan. Berlakulah seperti biasa, setiap malam kedengaran parti yang bertanding mengambil bahagian dalam sesi mencaci pihak lawan. Sehinggakan ada yang sanggup memperkecilkan hukum Allah demi satu coretan “x” disebelah namanya.


Kuasa mempertikaikan fatwa.

Masyarakat Islam seperti biasa masih senang dan nyeyak dibuai mimpi-mimpi indah. Kenyang dengan retorik para politikus mereka. Mereka lupa bahawa tugas pemimpin itu menjaga kebajikan mereka. Menjaga kesihatan, pendidikan, ekonomi, keselamatan bahkan mendidik mereka agar kenal dan takutkan Tuhan. Impak dari buaian mimpi indah itu, sensitiviti agama kian terhakis.

Isu yoga dan pengkid menjadi perbahasan hangat dihujung tahun ini. Yoga di fatwakan ‘Haram’ kerana adanya unsur keagamaan hindu. Manakala pengkid pula ada unsur tashbih (ﺘﺸﺒﻴﻪ ) yakni peniruan berlainan jantina sedangkan hadis jelas mengharamkan menyerupai agama lain dan lelaki meyerupai wanita begitu sebaliknya.

Jelas, setelah al-haqir Jejak sufi sendiri mengkaji seni senaman yoga ini memang ada unsur keagamaan hindu didalamnya yang bakal merosakkan akidah. Selalunya pengamal senaman ini diminta menenagkan diri dengan mengosongkan minda bagi tujuan merehatkan (meditasi). Walhal dalam tasawwuf, seorang Muslim ditegah mengosongkan minda. Ini kerana meditasi dan ketenangan seorang Muslim itu berada apabila ia mengingati kehangatan dan kelembutan kasih-sayang Tuhan yang dilimpahkan kepada dirinya. Mengosongkan minda boleh membuatkan syaitan yang mempunyai belalai seakan babi bernama Khannas masuk melalui nafas lalu mengikut aliran darah sehingga ia hinggap ke perdu hati lalu bertindak mengwas-waskan akidah Muslim. Selain itu banyak unsur-unsur yang jahat mampu menyelewengkan akidah Islami seperti penyatuan dengan alam, unsur kepercayaan , amalan fizikal, mantera dan pemujaan.

Fatwa ini dikeluarkan oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Abdul Shukor Husin pada 23 nov. Majlis Fatwa Kebangsaan berfungsi sebagai Majlis yang mengeluarkan fatwa bagi hal semasa untuk menjadi panduan ummat Islam. Ini kerana segala yang melingkar dalam kehidupan ummat Islam ia dikaitkan dengan soal hukum. Samada ia Wajib, Sunnat, Haram dan Makruh serta Mubah (boleh). Majlis ini dianggotai oleh golongan profesional dan intelek. Bukan sekadar bidang keagamaan malahan mencakupi pelbagai bidang lain termasuk kedoktoran, psikologi, dan sebagainya. Kemudiannya fatwa akan diserahkan untuk diwartakan dalam oleh Dewan Undangan Negeri di setiap negeri dibawah Akta Syariah.

Apa yang menyedihkan setelah ia difatwakan. Majlis Fatwa mendapat respon negatif dengan ditentang hebat oleh penganut agama Islam sendiri termasuklah orang awam dan para artis seolah-olah mereka lebih berpendidikan dari golongan intelek ahli Majlis Fatwa Kebagsaan .Sebagai contoh ,komen yang dikeluarkan artis apabila disoal tentang isu yoga mencerminkan sifat majority para artis yang tidak mempedulikan Islam dalam kehidupan seharian malah lebih melampau berani memperlekehkan Islam seolah menafikan agama dan Tuhan mereka.. Bahkan dikatakan fatwa dikeluarkan terlalu terburu-buru. Apabila ulama tidak memberi fatwa dituduh pula ulama kolot dan tidak mengikut peredaran zaman. Inilah sikap ummat melayu di bumi Malaysia, sungguh memalukan. Sifat ummat Melayu ini samalah seperti si buta berhujah mengenai gajah dengan si celik.















?






Selain ummat Islam boleh mengamalkan pelbagai jenis senaman yang ‘halal’. Fakta menunjukan solat itu sendiri adalah senaman 5 kali sehari. Ianya telahpun dibuktikan secara saintifik.

Fatwa hanyalah melibatkan mereka yang beragama Islam kerana Islam adalah cara hidup bagi ummatnya. Namun, apa yang sarkastiknya mereka yang bukan beragama Islam pun menyerang fatwa ini. Ini menunjukkan kebiadapan mereka terhadap Islam. Bahkan non-Muslim juga sudah jelas mengenai hal ini. Buktinya akhbar The Star sendiri faham mengenai kepada siapa fatwa ditujukan. Akhbar tersebut menyebut dilaman utamanya (23 nov) Fatwa Council deems ancient form of exercise from India haram for Muslim”.

Selain IFC, SIS (golongan munafiq yang berfahaman Islam liberal) dan lain-lain muncul menentang dengan penuh kebiadapan. Setelah dibongkar oleh YDP TERAS Yang berbahagia Azmi Hamid, sebenarnya mereka adalah NGO yang bertujuan meranapkan kaum Muslimin di Malaysia dan kewangan mereka dibantu sepenuhnya oleh Gerakan Kristianisasi Antarabagsa. Manakala YDP ABIM Kedah Hafiz Mustafa Lubis pula membongkarkan (ketika itu beliau masih Setiausaha ABIM Kedah) mereka dianggotai oleh golongan profasional non-Muslim dan termasuk ahli politik komponen BN dan pembangkang . Dianatara pembongkaran lagi termasuklah IFC turut bergiat membantu kewangan ajaran sesat seperti ibu-Lia, ayah Pin, nabi palsu Kahar dan banyak lagi (kecuali gerakan aurat muhammadiah @ al-arqam).


Dihujung tahun ini anehnya ayah Pin muncul kembali…apakah makna semua ini?. Apakah IFC sudah kembali aktif dan utuh ? .tidak lupa kepada isu cadangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (14 Nov)supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Yang bakal merobek kesucian Islam dalam mengamalkan dasar convivencia. Cadangan beliau dijawab oleh Prof Aziz Bari didalam akhbar pembangkang. Satu demi satu isu kebiadapan pihak tertentu kepada ajaran Islam adalah interprestasi daripada kerendahan nilai umat islam dan para pemimpin negara yang beragama islam. Sudah tiada lagi nilai intergriti yang dihayati oleh para poltikus Islam. Dimanakah masa depan ummat Islam?. Itulah yang menjadi tanda tanya kita dipenghujung 2008



Suara prihatin

Jejak Sufi
Powered By Blogger