Monday, July 6, 2009

jatuh setelah bangkit, bangkit setelah jatuh

pertama sekali al-haqir meminta jutaan kemaafan kerana blog ini sudah terlalu lama tidak dikemas-kini, bukan hendak lari dari dakwah, ataupun hendak melindungi kesalahan dengan al-haqir dgn mengemukakan alasan...namun ini cuma memberi khabar berkongsi duka.....

setelah al-haqir melancarkan reformasi Tsunami Fikrah maka ombak perjuangan pun mebidas, sang punya jawatan memanipulasi keadaan menabur fitnah kononnya jamaah kami mengcabar kaunsler kolej, menghina pusat pengajian dan terpengaruh denan ajaran sesat serta berpolitik ala DSAI di kampus.

setelah bebrapa kali bersemuka dengan majlis tertinggi pusat pengajian kami, al-haqir dibuang kolej, para ansor menjadi lemah, lutut menggeletar, manakan tidak, pemimpin yang mempelopori refomasi diusir keluar.

kami cuba mengadakan dialog tertutup bagi menyelesaikan masalah ini, namun jadual Allah tidak sama dengan kami, sebagai makhluk kami akur, kebuntuan terus ditemui.

diskriminasi menjatuhkanku reputasi kini menjadi bisu maka malaplah impian untuk mencapai bintang, musnahlah harapan memnangi pilihan raya, nama rakan-rakan sejamaah hanyir dilumur fitnah satu per satu dilemparkan, ada dari ikhwan diugut dan dilucut. akhirnya api reformasi yang menyeru kepada kebebasan berfikir dan berideologi berjya dipadam oleh Pihak Tertentu.

usaha "pihak tertentu" tidak terbantut disitu, mereka mara mengancam keselamatan al-haqir dengan mengunakan penguat-kuasa. ada dikalangan mereka yang kuat mengampu, ada pula ynag menentang kebenaran ini kerana jahil....itulah yang paling menyayat hati al-haqir. atas sebab keslamatan al-haqir berpindah-randah sebanyak bebrapa kali. adakala sehingga terpaksa bersembunyi.

sementra al-haqir menghilang, beberapa ikhwan terus giat menjalankan dakwah secara sirr, cuba membersihkan semula nama kami. tapi keberkesanannya agak malap. musuh menyerang minda semua pihak, mengunakan serangan saraf yang strategik dan mampan. kaedah dakwah sekali lagi tertewas. namun al-haqir terus berhubung dari jarak jauh mengatur dan memastikan perjuangan ini tidak terpadam.
setelah setahun....
kini hampir setahun segalanya berlaku, al-haqir kembali ke kolej sebagai medan dakwah. sungguhpun terus dicerca dengan fitnah, al-haqir tetapkan hati , tegukan jiwa untuk terus disini. cumanya sekali lagi ombak membedal, al-haqir di"gam" dari mengeluarkan apa-apa sahaja berunsur dakwah. samada public speaking, artikel mahupun apa saja termasuk mengadakan usrah tetap disekat. usrah hari ini berjalan digerai makan sementra menikmati sarapan. al-hamdulilllah masih diizinkan Allah, kerna kami yakin segagah manapun jawatan hamba, rancangan Allah pasti terjadi, kin kami bangkit perlahanlahan.
perihal zambry...
Tsunami fikrah yang berlaku dahulu, meninggalkan impak yang mendalam...rupanya Bendahari Agung jamaah memenangi kerusi presiden Majlis Perwakilan, bebrepa jawatan exco turut dihadiahkan Allah kepada ikhwan yang lain.
namun, sekali lagi kami diuji....belum sempat perubahan berlaku, salah seorang barisan exco dari kursi lain merampas kuasa. dengan mengunakan pengaruhnya, beliau melancarkan kudeta terhadap Majlis Perwakilan, Tmb. presiden yg jua ahli kami dilucutkan jawatan, presiden diketepikan, akhirnya lahirlah korupsi dan kronisme didalam kampus kami. pihak Kolej etrus menyangjung usaha beliau yang bertopengkan kebaikkan dan selaras dgn selera politik mereka.
suasana ini membuatkan al-haqir terganggu, tambahan pula al-haqir terpaksa mengulangi semsta yang lepas, blog pun terabai.....al-haqir banyak mengabiskan masa mengatur stategi politik dan banyak mengoreksi diri. setiap hari post-mortemdilakukan bagi membedah buang dosa yang menyekat kemenangan....yang disaluti kelalaian dan keserakahan nafsu.
SEMOGA ALLAH MEMBANTU.....
JANJI ALLAH ITU PASTI....


Powered By Blogger