Saturday, January 31, 2009

Kempen/campaign



ALLAH BEBASKANLAH NEGARA IBUNDA DAN RASUL KAMI....






gambar: gaza..



(al-haqir meminta maf kerna blog bulan ini tak seberapa, untuk penegetahuan al-haqir sedang sibuk berkempen kepada komuniti , jadi penumpuan dialam maya gak kurang ditumpahkan pada bulan ini)

perlukah BOIKOT!?



Ada yang bertanya, "jejak-sufi.....saya mengunakan produk USA kemudian ditegur oleh seorang sahabat, katanya boikot apa pendapat jejak sufi?...walhal nabi sendiripun tidak memboikot yahudi di madinah, mereka dibenarkan berniaga dan hidup dalam ama, ada hadis menunjukkan nabi pernah menerima daging dari seorang yahudi.....tetapi, saya ragu-ragu...pada kiraan saya semua yahudi adalah zionist, dan zionist itu sedang membunuh saudara kita?"

Alhamdulillah terima kasih keran bertanya. al-haqir jawabkan sekadar mampu shaja:

  1. Rasul junjungan mulia saw. menerima daging sembelihan ahlul-kitab bukan kafir HARBI yang memerangi islam seperti bani khurauzah ditika itu. Zionist adalah golongan harbi yang dilebelkan sebagai musuh didalam al-quran " TIDAKKAN SENANG TERHADAP KAMU KAUM YAHUDI DAN KRISTIAN SELAGI KALIAN TRIDAK MENURUTI AGAMA MEREKA".
  2. Keduanya, nabi sebenarnya ada melancarkan boikoit. senjata boikot adalah senjata yang ampuh sejak dahului lagi. ketika pasca Amun Huzni (tahun kepiluan) 3 tahun masyarakat muslim di Mekka kelaparan lantaran diboikot musyrikin. Kemudiannya nabi menegerti kekuatan kuasa boikot. lantas semasa di madinah nabi memboikot pasarraya yahudi dan membuka pasarraya kaum muslimin. akhirnya, teknik nabi berjaya dengan strategi perniagaan yang baik dan mengutamakan kepuasan pelaggan serta kejujuran...pasar muslimin menbdpat tempat dihati pengguna. akhirnya pasar yahudi terpaksa di tutup. yahudi kemnudiannya terpaksa menyewa tapak didalam pasar muslimin bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka.

umi izinkan....


"Khamis, 29/01/2009 - Ahli Parlimen Palestin Mohammed Faraj Al-Ghoul daripada kumpulan Hamas mengatakan keganasan Israel terhdapa Gaza baru-baru ini merupakan pembunuhan terbesar dalam sejarah dan beliau menegaskan kerajaan Hamas akan mengajar mereka yang terlibat dan membawa ke muka pengadilan. Beliau berkata demikian semasa menerima lawatan delegasi ahli parlimen Maghribi.

Sementara itu, Delegasi ahli parlimen Switzerland amat terkejut dengan tahap kemusnahan di Gaza dan membuat kesimpulan Israel telah membunuh segala-galanya di Gaza. Tambahan mereka menggesa kerajaan Switzerland yang menjadi penaja konvensyen Geneva untuk memberi bantuan segera dan mendakwa penjenayah perang Israel.

sumber: palestinkini.com



kisah gaza atau ghazzah memang menyayatkan..tambahan usia tanah palestine dijajah mencecah usia emas.60 tahun bukanlah satu tempoh yang singkat setiap hari rakyat palestine menyaksikan darah yang tumpah, daging yang luruh isi yang hancur diratah tentera zionist. sungguhpun pelbagai kumpulan mujahidin berhempas-pulas dan menggunakan seluruh kekuatan fizikal dan mental demi menegakan tanah suci ke3 ummat islam, namun sebenarnya tetera zionist masih gagal dipukul undur.

sebenarnya bukan sahaja doa yang ditagih dari ummat islam sedunia...tidak memadai hanya berdoa bantuan berupa kewangan dan sebagainya antara yang dipandang mustahk selain kesatuan anatara seluruh negara islam dan memulaukan kekuatan politik dan ekonomi zionist.



HASSAN AL-BANNA B. HUSSIEN.


keperibadiannya tak tumpah seperti namanya. beliau bukanlah Imam Hasan al-banna yang mempelopori gerakan ikhwan-al muslimin. bila ditanya, Beliau selalu berkata "ana tumpah famous ja". Berdarah separa Arab dan lahir dari keluarga yang punya tarbiyyah , mak tak hairanlah jika keperibadiannya amat mengagumkan para asatizah dan masyaikh beliau apatah lagi jenior seperti al-haqir ini. Para masyaikh amat mengasihinya, malahan ada yang mengambilnya sebagai anak angkat (Syiekh nurudin al-banjari al-makii & Syeikh Yusuf al-syazili al-kanadi) . Anak didik usrahnya amat luar biasa, pengkaderan yang dicurahkan kepada mereka membuatkan abg. hasan al-banna ini lebih dikenang. Hasan al-banna b. Husien adalah senior al-haqir. Beliau menjadi bintang dan idola kecil kami dalam menjalankan gerak dakwa semasa di pasentren.Tambahn pula rupa parasnya yang kacak, (darah arab) beliau menjadi idaman santriwati disini. kemungkinan ini adalah hasil keberkahan yang digali semasa pembeljarannya di pasentren kami.

IZINKAN SAYA UMI.....

Sebaik sahaja beliau tamat pengajian di pasentren kami, akh. Hasan berangkat ke bumi barakah, bumi anbia' Syiria. Apa yang melucukan adalah bagaiman pemerintah kuku besi Presiden Basyar asad menggeruni gerakan-gerakan yang dilihatnya mampu menjatuhkan reputasinya atau kekuasaannya. Semasa al-akh Hasan masuk ke Syiria beliau mengalami kesulitan kerana namanya yang menyerupai pemimpin gerakan Ikhwan. Kasihan beliau terpaksa bermalm di lapanag terbang beberapa hari sementara menunggu kedutan datang menghulurkan surat jaminan kepada kerajaan Syiria. begitulah beliau setiap kali terpaksa berdepan kepayahan pabila ingin berurusan dengan kerajaan negara Syam(Syiria) itu. agaknya aplah yang gerakan Ikhwan telah lakukan pada Bashar sehingga takutkan bayang2 sendiri.

Akibat Situasi dirinya yang begitu, beliau jarang berhubung dengan ahli keluarga tambahan disibukkan dengan pembelajaran dan keaktifan dlam berpersatuan disana memenuhi planner tahunan dan jadula harian. Keluarga beliau sentisa mendoakan kejayannya. meraka sememangnya amt rindu suara anak ke 2 dalm keluarga itu. Ayahnnya Syeikh husien seiarang yang wara' dan sentiasa aktif dan bersemangat dalam meneggakan islam, ibunya pula isteri solehah disamping mengajar anak2 kampung membaca al-Quran. begitu jua adik2nya yang sentiasa disirami budaya mahmudah dan keberanian dalam memperjuangkan kalimah Allah.

"KRIIIING" talifon di rumah berbunyi, 27 Jan 09 tarikh keramat. panggilan dari Syira mengejutkan kami semua, bukan sahaja ahli keluarga bahkan semua yang mengenali akh. Hassan. "Umi Abg nak pergi Jihad, izinkan abg?" ringkas hasan bertanya. umi tersentak, namun jawaban umi penuh iman dan keyakinan "Pergilah umi tak kisah, abg putuskan". umi tahu jika benar anaknya ingin terjun ke medan juang ini bermakna Allah telah memilih anaknya, dan sekiranya hassan syahid, syurga dan redha pasti menanti. biarlah dilepaskan anaknya yang sekian lama sudah berpisah dan dinanti kepulangannya. "abah?, tanya Abah..." umi menyuruh sambil menyerahkan talifon kepada Syeikh Hussin. Soalan yang sama diulangi hassan. dari malaysia ayahnya menjawab dengan nada yang berkobar "ABAH BANGGA KAMU SYAHDI HASSAN". dengan titisan air mata tiga beranak itu, dipisahkan jarak mereka bertakbir. seluruh rumah bertakbir..."ALLAHU AKBAR"......"turunlah ke palestin hassan!!!!!!!!! ....jemput kami dipintu syurga....Abah dan Umi tunggu kesyahidan kamu..adik2 mendoakan kamu hasaan"...linangan air mata membasahi muka sebagai saksi pengorbanan keluarga itu....

ALLAHU AKBAR...

kami di pasentren mendengar hasrat ini, terkejut, tercengang dengan keberanian akh Hassan. Walau ada dikalangan kami yang tidak setuju, kerna daie sehebat dia sepatutnya pulang kesini menebur bakti....tapi apa salahnya belaiu memburu syahid?.....Doa kami satu, semoga Allah bersertamu....rasul pedangmu.....malaikat perisaimu....keberanian tungganganmu...kegagahan dan kekutaan iman kelengkapanmu....damailah engkau dalam perjuangan abadi...

disampaikan

jejak sufi....

*kisah ini adalah benar berdasarkan realiti yang berlaku