Friday, September 3, 2010

Puasa dan kekuatan emosi

ramadhan telah tiba di penghujungnya, tetamu ini bakal pulang kepada Tuhannya, membawa amalan  lalu dipersembahkan, Allah berjanji bahawa Dia sendiri yang akan 'membayar' amalan para hambanya sesuka hatinya. Itulah Allah Yang begitu pemurah, menyayangi para hamba sehingga menghantar ramadhan sebagai latihan ekspress menjadi penghuni syurga. Syurga yang isinya adalah kemewahan yang sebenar hanya disediakan buat mereka yang bertaqwa, seperti disebutkan didalam surah Al-furqan ayat 15.


Di ambang pemergian ramadhan, ramai yang sibuk bergembira bersiap sedia menyambut hari raya namun terlupa memuhasabah tentang latihan keaktifan dan keberkesanan ramadhan yang di laluinya,

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu pasti kamu bertakwa(jika kamu benar-benar berpuasa)"                          
                                                 Baqarah 185.


Hakikat puasa

Berpuasa bukanlah menahan lapar semata untuk beberapa jam dan kembali menjadi Raja Makan sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, puasa yang sejati adalah berpuasa dari kemarahan, liuran nafsu syahwat, bahkan  berpuasa dari segala yang merosakkan minda dan kredibiliti sebagai seorang Khalifah Allah. Ia sebenarnya rahsia kekuatan emosi untuk berdepan dengan kehidupan yang berombak.

Al-haqir mengajak kepada kita semua peruasa dengan puasa yng sebenar. Si suri-rumah berpuasa dari liruan lebihan wang sehingga kita dengan rela merasai keperihan manusia lain dengan berzakat dipagi raya, bukannya berlawan harga baju raya dan langsir rumah. Para Pegawai berpuasa  menahan diri dari tepengaruh dengan amarah semasa di pejabat apabila staf cuai melakukan tugas , sebaliknya bersabar menasihati. Bagi yang berkuasa, berpuasa adalah menahan diri dari memilih kasih semasa membuat pengadilan dalam mahkamah. Si suami berpuasa dari menghabiskan masa dari memujuk isteri, isteri pula berpuasa dari menghabiskan masa membelai suami. Para peniaga berpuasa dari menjadi gila sehingga sanggup menipu semasa berurus-niaga. Penguat kuasa menahan desakan 'duit raya'. Murid melawan malas. Guru melawan putus asa. Pemuda menahan ajakan asmara haram. Pemaju projek menahan diri dari merosakkan alam. Politikus menahan mulut dari mengumpat dan bertikam lidah sebaliknya bersama duduk semeja memikirkan kebaikan negara dan rakyat.

Itulah puasa.... menahan dari segala yang merosakkan hubungan kita dengan Pencipta dan makhluk semesta, jauhi yang haram ...tinggalkan yang makruh . Hingga membentuk manusia yang mampan dan dapat menahan hasutan duniawi, resolusinya lahirlah manusia berfikiran rasional,berkredibiliti dan proaktif.  inilah yang dikatakan taqwa, bukan sahaja bvaik hunbungannya dengan Allah bahkan dengan manusia dan alam sejagat.