Friday, September 3, 2010

Puasa dan kekuatan emosi

ramadhan telah tiba di penghujungnya, tetamu ini bakal pulang kepada Tuhannya, membawa amalan  lalu dipersembahkan, Allah berjanji bahawa Dia sendiri yang akan 'membayar' amalan para hambanya sesuka hatinya. Itulah Allah Yang begitu pemurah, menyayangi para hamba sehingga menghantar ramadhan sebagai latihan ekspress menjadi penghuni syurga. Syurga yang isinya adalah kemewahan yang sebenar hanya disediakan buat mereka yang bertaqwa, seperti disebutkan didalam surah Al-furqan ayat 15.


Di ambang pemergian ramadhan, ramai yang sibuk bergembira bersiap sedia menyambut hari raya namun terlupa memuhasabah tentang latihan keaktifan dan keberkesanan ramadhan yang di laluinya,

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu pasti kamu bertakwa(jika kamu benar-benar berpuasa)"                          
                                                 Baqarah 185.


Hakikat puasa

Berpuasa bukanlah menahan lapar semata untuk beberapa jam dan kembali menjadi Raja Makan sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang, puasa yang sejati adalah berpuasa dari kemarahan, liuran nafsu syahwat, bahkan  berpuasa dari segala yang merosakkan minda dan kredibiliti sebagai seorang Khalifah Allah. Ia sebenarnya rahsia kekuatan emosi untuk berdepan dengan kehidupan yang berombak.

Al-haqir mengajak kepada kita semua peruasa dengan puasa yng sebenar. Si suri-rumah berpuasa dari liruan lebihan wang sehingga kita dengan rela merasai keperihan manusia lain dengan berzakat dipagi raya, bukannya berlawan harga baju raya dan langsir rumah. Para Pegawai berpuasa  menahan diri dari tepengaruh dengan amarah semasa di pejabat apabila staf cuai melakukan tugas , sebaliknya bersabar menasihati. Bagi yang berkuasa, berpuasa adalah menahan diri dari memilih kasih semasa membuat pengadilan dalam mahkamah. Si suami berpuasa dari menghabiskan masa dari memujuk isteri, isteri pula berpuasa dari menghabiskan masa membelai suami. Para peniaga berpuasa dari menjadi gila sehingga sanggup menipu semasa berurus-niaga. Penguat kuasa menahan desakan 'duit raya'. Murid melawan malas. Guru melawan putus asa. Pemuda menahan ajakan asmara haram. Pemaju projek menahan diri dari merosakkan alam. Politikus menahan mulut dari mengumpat dan bertikam lidah sebaliknya bersama duduk semeja memikirkan kebaikan negara dan rakyat.

Itulah puasa.... menahan dari segala yang merosakkan hubungan kita dengan Pencipta dan makhluk semesta, jauhi yang haram ...tinggalkan yang makruh . Hingga membentuk manusia yang mampan dan dapat menahan hasutan duniawi, resolusinya lahirlah manusia berfikiran rasional,berkredibiliti dan proaktif.  inilah yang dikatakan taqwa, bukan sahaja bvaik hunbungannya dengan Allah bahkan dengan manusia dan alam sejagat.


Mitos tentang puasa

ramai yang menyangka puasa ini bulan bermalas-malas, rehat dan duduk beribadat sahaja tanpa memperdulikan dunia.  sungguh kasihan, masyarakat islam sering tertipu dengan hadis dhaif  "tidur orang yang berpuasa adlah ibadah". jika diteliti, para sahabat berpuasa dan melawan rengekan nafsu sehingga menyahut seruan sosial berjihad dibulan ramadhan, Badar adalah kisah terbaik sebagai motivasi di bulan Mabruk ini.

Sejarah membuktikan jika  dilakukan dengan method sunnah, puasa membentuk kekuatan luar biasa sehinggan 1000 orang prajurit tepukul mati oleh 313 sukarelawan yang serba kekurangan. Cowvey seorang psikologis menjalankan kajian di sebuah taman di Stanford, USA. beliau menghadiahkan mashmalow kepada bebrapa kanak-kanak berumur 10 tahun. setiap kanak-kanak diberi satu mashmalow, "jika anda tunggu saya pulang selepas 30 minit saya akan menghadiahkan satu lagi untuk anda". sekembalinya cowvey ke taman , separuh dari kanak-kanak itu telah melahapnya. 10 tahun kemudian, kanak-kanak itu telah melangkah ke kolej ternyata mereka yang menahan diri lebih berpestasi tinggi dan mampu menahan tekanan hidup. kini,  ritual puasa telah terbukti secara ilmiah. kebenaran janji allah sejak ribuan tahun daulu untuk semua ummat sebelum dan selepas Muhammad saw.

Hari berbaki...

hari yang berbaki ini bukan lah untuk berpesta-pora, namun hari untuk mengejar ke3munjak ketaqwaan yang dijanjikan. Aisyah ra. mengambarkan suasana keluarga baginda menjelang syawal dan di hujung ramdhan. Baginda menjauhi tidur bersama isteri bahkan terlalu sibuk merintih dan bermuhasabah, berdoa dan bermunajat untuk satu 'malam ajaib' sebgai kemuncak ramadhan, malam al-Qadar. malam penentuan kualiti puasa, dan malam dihadiahkan nur ketaqwaan, merungkai dan membari jawapan kepada segala kekusutan hidup. Baginda menyerikan malam dengan berwangian diatas tempat sujud sambil mengejutkan isi rumah bversama menbentuk keluarga taqwa yang harmonis.

sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah
                                 ad-dukhan 3-4




begitulah nabi saw. mengispirasikan keluarga dan sahabat di mala-malam terakhir ...bagaimana kita? ......


  


No comments:

Powered By Blogger