Friday, August 13, 2010

Berdosanya aku....

hari ini ramadhan bertandang lagi, namun apakah aku mampu melayaninya sekali lagi,
seperti telahku manjakannya sebelum ini, apa telah jadi pada diriku?
mabuk dengan dakwah realiti sehingga terlupa kehidupan sebenarnya tidak bersempadan,
tanggung jawabku di alam maya sepatutnya tidak terhenti dipisah dengan tembok kehidupan duniawi...

Ramadhan, maafkan aku kerana aku telah terlupa tentang medan dakwah ini, kerana aku telah teralpa dari terus berjuang di medan ini, kerana aku telah tersimpang dari landasan nabawi....

ramadhan mengetuk pintu hati, aku terbangun dari lamunan mimpi yang lama, mabuk dengan masalah peribadi yang semangnya tidak akan terhenti, sepatutnya aku ini daei, kehidupanku adalah untuk ummah, tiada erti peribadi atau privacy....

maafkan aku ramadhan,

ramdhan memberi salamnya, di dahulunya oleh sya'ban dan rejab....sedang aku terus terduduk memikirkan kekusutan jiwa yang kosong dari jawapan, al-haqir masih bersedih kerana cita-cita menyambung pelajaran tidak seperti yang dirancang, entahlah ketika itu....

Allah...Ampuni aku kini engkau menghantar ramadhan menemani, buat seketika aku mengoreksi diri, mengatur langkah gagah untuk menebus maruah...

No comments:

Powered By Blogger