Wednesday, December 31, 2008


semoga Allah Memberkahi Tahun ini




salam HIJRAH salam BERUBAH

"sesungguhnya kami tidak akan mengunabah sesuatu kaum itu melainkan mereka (beriltizam) mengubah diri mereeka sendiri"
ar-rad 11

jejak sufi.

Tuesday, December 30, 2008

Penutup 2008 yang sadis buat Dunia:

Bencana dan rencana.

Bom di Kashmir, meletup di Mumbai.

Pengeboman di Mumbai memeranjatkan kita. Apatah lagi warga Malaysia adalah di antara yang terbunuh. Sudah menjadi budaya kaum hindu dan pemimpin India sejak dari tahun pemerintahan Raja zalim Asoka lagi menindas dan menzalimi kaum muslimin disana. Sejak dulu lagi masjid sering dirampas lalu diruntuhkan atau dijadikan kandang kuda dan tempat pembuangan sampah (lihat buku : India dan sejarahnya oleh abu ali al-banjari a.k.a syiekh ahmad fahmi zamzam an-nadwi al-maliki). Diskriminasi bukan lagi satu keanehan.

Jadi tidak hairanlah jika setiap hari letupan membunuh kaum Muslimin di Kashmir tidak diendahkan. Sedangkan sebiji letupan bom di Mumbai terus diwar-warkan dan dicari dalangnya. Seperti biasa, Islamlah punca segalanya. Mungkin sudah sinonim Islam dikaitkan dengan keganasan. Segera Pakistan menghulur tangan damai dengan seterunya India. Apakah kerana takutkan sesuatu?. India pula memanipulasi keadaan meminta ekstradisi dari Pakistan.



Demokrasi sempurna ciptaan barat.

2008 memperlihatkan kita kesempurnaan demokrasi barat. Lihat sahaja sikap prihatin mereka menjaga dunia Arab. Palestin, Iraq, dan Afghan antara contohnya. Demokrasi mula berbuah disana. Begitu jua Saudi di bayar jutaan dolar setiap tahun. Mungkin Iran bakal menyertai ‘saudaranya’ Iraq. Malaysia jua nyaris dicampur tangan oleh ‘Hakim Dunia’ ini dikala isu kebebasan demokrasi dicalari dengan tindakan akta keselamatan dalam negeri (ISA). Thai akhirnya berjaya melalui demokrasi ‘sihat’. Ribuan tercerdera sementara peralihan 5 presiden negara gajah putih itu berlangsung. Inikah kesempurnaan demokrasi yang diajarkan oleh barat kepada kita?.



Kebergantungan kepada Tuhan kedua.





Selain mempercayai tuhan agama masing-masing. Pemimpin dunia termasuk Malaysia mempunyai tuhan kedua, mungkin ketiga selepas kuasa dan wang. Ia adalah sang maha kuasa Amerika. Jelas saja, segalanya dipasrahkan kepada mereka. Samada dari sekecil benda seperti menumpang lalu jet pejuang sehinggalah ekonomi dan mata wang. Pakistan-india turut mengharap intervensi AS dalam perdamaian mereka. Mujurlah dewa Rise dihantar membantu.

Kesan kebergantungan dari segi dagangan antarabangsa. Pemulihan demokrasi sehinggalah penyelesaian sekecil masalah mengecewakan, apabila Tuhan ke2 para pemimpin ini sebenarnya jahil. Demokrasi mendaji demo-kerasi (loghat kelantan : mereka yang mengerasi). Ekonomi hancur. Perkongsian Malaysia dan Jepun dalam perindustrian terjejas adalah implikasi dari penurunan 8.1 % dalam industri tersebut. Ribuan menganggur dan dibuag kerja. Perdamaian menjadi kehancuran. Jutaan terkorbandan cedera . Lembaran tulisan perjanjian ini dan itu ternyata tidak berguna. Bahkan semua penghuni dunia menanti keretakkan negara, menanti penuh debaran masa depan pada tahun 2009. Mesir pula tidak ketinggalan, salah satu sumber ekonominya jatuh mendadak sebanyak 30%(industri perlancongan) menyebabkan negara bersejarah itu menjadi tempang . Mungkin Malaysia agak bijak menandatangani MOU dengan kuasa besar dunia arab Republic Islam of Iran.

Tidak mengapa dunia, mungkin tuhanmu itu telah lemah kerana sudah dibaling kasut oleh Muntadhar (14.dis) . Nah, kini kau nantilah tuhan mu yang baru. Mr. Presiden America yang baru ditabal pada 5 nov. kerana yang dulu sudah bersara. Mr. Obama dikau harapan kami…..


kritis
Jejak sufi

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia (siri 2)



Pendidikan kesepian.


Sungguhpun dinafi oleh Timb. Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed anuar Syed Muhammad. Al-haqir tetap memadang isu yang diketengahkan oleh ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Tajudin adalah isu berat. Penafian dibuat dengan merujuk kepada bebarapa individu yang berjaya menempa nama negara melalui instutusi pendidikan. Tetapi penafian tersebut tidak merujuk kepada mejoriti. Kerana seseuatu penafian mestilah melalui proses induktif. Faktanya prestasi penuntut IPT sememangnya merosot. Jika merujuk sekitar tahun 1998 keterlibatan mahasiswa dalam arena politik menghanyutkan prestasi cemerlang. Namun para pelajar berdepan dengan suatu simptom yang dikotogorikan kronik oleh rasulullah saw. symptom tersebut adalah malas.

Masih belum cukup jika kita hanya membanggakan universiti Malaysia dibuka di London (LUOCE). Persektif kita sendiri terhadap diri masih belum cukup. Ia perlu dibuktikan dan diaplikasikan. Statistik menunjukan lambakan pengangur adalah lepas IPT. Malahan penuntut yang masih belajar sendiri mununjukkan prestasi yang kurang memuaskan. Baru-baru ini serbuan dibuat keatas kegaiatan merempit di bandatraya Ipoh, apa yang memeranjatkan 60% mereka terdiri dari pelajar berasrama penuh. Keputusan PMR yang keluar pada 30 nov tahun ini menunjukan peninggkatan pelbagai mata pelajaran kecuali geografi dan bahasa Arab. Mengapa begini, mengapa berlaku kegagawan dan kekacauan ini. Mengapa kecelaruan ini terjadi. Bukankah sepatutnya mererka yang berasrama penuh yang dianggapa cerdik lebih bermoral, begitu jua pelajar IPT. Malahan lepasan IPT banyak yang menganggur.

Hiburan yang mengajar.

Kita beralih mata kepada dunia hiburan. Golongan artis adalah idola remaja kini. Dari gaya bercakap, menyanyi higgalah cara berpakaian. Golongan ini menunjukan contoh yang amat baik sepanjang tahun 2008. Rancangan realiti Gadis melayu mengajar berhipokrit secara halus. Lagi yang mencuri perhatian, Abby menuntut cerai kerana suaminya Norman diketahui melakukan sesatu yang tidak sepatutnya. Zarina Ann Julie dibongkarkan bergambar separuh bogel sebanyak 2 kali. Ida Darina dan Fauziah Nawi dikatakan melakonkan vedio lucah, sungguhpun mereka berdua tegas menafikan. Faizal Tahir di “gam” sementara kerana menbuat aksi luar biasa melanggar adab dan tatasusila. Rosna Mad Arif secara terbuka menghina wanita suci Ummul Mukminin Sayditina Khadijah ra. Mawi tanpa segansilu bergurau senda dengan pasangannya Ikin diatas pelamin. Entah apa lagi perlu diceritakan.




puncanya.


Menghairankan dari manakah mereka ini, bukankah artis jua dating dari instutusi pendidikan sebelum ke dunia hiburan?. Mereka juga digilakan para remaja yang sudah semestinya sedang berda di dunia pembelajaran.

Kecacatan dalam proses dan sistem pendidikan menbuahgkan semua kecacauan ini. Riddah fikriah antara perkara utama perjuangan Sayyid Abul hassan an-nadwi, bagi beliau kesesatan adalah apabila metodologi barat diterima pakai sepenuhnya dalam pemikiran dan pendidikan. Oleh itu sisitem pendidikan islam yang maju dan terkedepan perlu diserapkan kembali kedalam pembelajaran Malaysia. Rukun ta’lim (pembelajaran),Ta’dib(pembentukkan), tadrib (pengaplikasian), seperti yang diajarkan oleh al-marhum Syiekh niamat yusuf (tokoh cendikiawan Islam Kedah: mati 2003) antara perkara yang perlu dikaji dan dinilai untuk diserap masuk kedalam pendidikan Malaysia agar menjadi cemerlang dan gemilang. Sememangnya, pendidikan islam telah dibuktikan keberkesanannya oleh sejarah. Tokoh-tokoh dan para cendikiwan Islam terdahulu antara produk pendidikan yang berkesan. Kecerdikkan Intelek (neocortex) di samping emosinal (terletak pada (lymbics system) diseimbangkan dengan kecerdikan spiritual (temporal obe).


tinta
Jejak Sufi

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia & Dunia.




Sambutan maal hijrah 1430 disuburkan dengan bacaan al-quran diserata tempat. Pihak media elektronik tidak terkecuali mengambil bahagian. Maklumlah, setahun sekali bacaan al-quran diperdengarkan di stesen mereka. Tambahan pula kemangkatan Yang di_Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Ja’far disimpan sehingga 3 hari. Mungkin bacaan al-quran boleh merehatkan rohnya sekali pun jasadnya disimpan agak lama.

Tokoh-tokoh setiap negeri diberi pingat. Datuk Seri Harun Sani Zakaria pula mendapat anugerah tokoh Maal Hijrah Negara. Tahniah diucapkan. Beliau seorang yang berkarisma disamping kredibilitinya dalam memimpin dan menunjukkan keberanian dalam menyatakan kebenaran. Usianya yang lanjut tidak setanding jika dibandingkan dengan kekuatan dan keberaniannya. Sekali lagi tahniah diucapkan. Kepada pihak yang menganugerahkan pingat tersebut, al-haqir ucapkan terima kasih kerana membuat pilihan yang tepat. Beliau telah berkhidmat kepada kaum muslimin sejak tahun 1985 lagi. Fatwa- fatwa beliau bukan sekadar berani malah lebih rasional dan menepati kaedah fiqh syafieah jika dibandingkan dengan beberapa mufti yang lain seperti Datuk Dr. Asri Zainal Abidin (mantan mufti perils) dan Datuk Noh Gadut (Johor). Ketegasannya dalam memerangi IFC, SIS, Islam liberal, isu murtad tidak dapat lagi diragukan. Betapa besarnya jasa beliau.

Semasa ditemu bual mengenai isu Blogger yang menghina nabi, sambil bersahaja beliau menyindir “ liberal apa?. Sepetutnya jika liberal lebih terbuka, memerima semua fahaman, bukan menghina , kita (Islam) tidak pernah menghina mana-mana agama, tidak menghina Jesus pun….sepatutnya lebih tinggi kepintaran intelektual kita, lebih rasional pemikiran kita, tidak bertindak seperti binantang. Malangnya mereka ( diajukan kepada si jijik yang menghina Junjungan Besar Saw. ), makin tinggi kuasa inteleknya makin rendah martabat. Merendah sehingga ke tahap bintanang, merendah dari garisan kemanusian”. Benar kata beliau sepatutnya mereka yang mendakwa diri sebagai liberal ini memahami konsep convivencia.


Sekilas pandang dalam menyambut hijrah.

Datuk Noh Gadut mencadangkan beberapa personaliti dan selebriti antarabangsa dibawa masuk kedalam Malaysia dalam meraikan tahun baru hijrah 1430 ini.mereka temasuklah beberapa bekas tentera Amerika yang mendapat hidayah semasa misi penjajahan bumi Iraq, Yusuf Islam (Cat Steven), dan Michael Jackson . Mungkin ada baiknya sebagai pendekatan kepada masnyarakat kini. Tetapi rasanya lebih baiklah Michael Jackson itu tidak dibawa kerana beliau hanya menconteng arang kemuka Malaysia amnya dan Islam khususnya . Beberapa bulan lalu beliau ditemui keluar dengan menutup kepala anaknya dengan beg kertas, dan beliau berpakaian seperti wanita arab. Bagi pendapat al-haqir secara teorinya Jackson sudah psycho.





Kuasa hijrah, kuasa berubah.

Penghijrahan bukan sekadar Imigran (pemindahan dari satu lokasi ke lokasi lain). Rasulullah saw. membawa sesuatu yang lebih agung dari itu. Hijrah bukan sekadar perubahan kepada peningkatan diri, atau kemajuan negara. Ia lebih besar dari itu. Penghijrahan adalah bermaksud kuasa perubahan, reforms. Kuasa bererti kuat. Oleh itu Ummat Islam secara individu perlu mempunyai kuasa, negara Islam secara global pula perlu memiliki kekuatan.

Kuasa yang dimaksudkan adalah kuasa dari pelbagai aspek. Bagi negara ketenteraan yang utuh, kuasa perundangan Islam yang tegas, penguasaan ekonomi dunia adalah perkara yang perlu dititik beratkan. Bukannya soal politik yang makin hari makin memualkan. Minda muslim perlu ditumpahkan dan difokuskan kepada integriti, intergrasi, dan nilai- nilai yang murni yang lain dibawa oleh baginda seperti efektif, pro-aktif, produktif dll.

Kuasa hijrah bukan sekadar pembangunan individu, masyarakat mahupun negara yang bersifat material sahaja. Malahan yang paling penting adalah pendidikan kerohanian atau pendidikan jiwa. Mendidik masyarakat dan diri muslim menuju puncak keluhuran taqwa adalah sukar. Apatah lagi jika mendidik negara menjadi taqwa. Tetapi itulah gunanya kuasa hijrah. Hijrah mampu merubah segalanya. Masyarakat muslim Mekkah ketika sebelum berlakunya hijrah mereka merasa lemah dan ditindas. Selepas hijrah mereka berubah. Bilal kini bukan sahaja bebas mindanya dari dijajah kesedihan, jasadnya jua telah bebas dari kesakitan. Akhirnya membuatkan beliau menjadi peniaga yang berjaya.

Masyarakat muslim Mekkah sebelum berlangsungnya hijrah umpama tikus. Hanya keluar dimalam hari untuk beribadah. Namun kuasa hijrah membuatkan mereka berubah menjadi singa di medan perang. Jika dulu mereka hanya membenci penzaliman akhirnya mereka berjaya menentangnya bahkan merialisasikan keadilan di benua Asia, dan Afrika termasuk sebahagian dari Eropah.

Inilah ia kuasa hijrah. Kuasa berubah. Kuasa refomasi. Tinggalkan sengketa, kemalasan, ketamakan. Oraklah langkah besar. Cukuplah ummat Islam selama ini hanya berdiskusi , tunjukkan kepada dunia kita bukan sahaja mampu berdiskusi dan memutuskan resolusi, tunjukkan kita bukan sahaja mampu duduk dan bermuzakarah membuahkan fatwa lalu dipertikaikan oleh semua lapisan masyarakat., kita bukannya komuniti gergasi yang sering inginkan perpaduan disamping mengkafirkan sebahagian dari kita.Bahkan kita bukan seperti itu.

Ayuh kita nyahkan sikap negatif dan tanggapan sinis dunia. Bersatulah mengorak langkah. Binalah jambatan antara jamaah dan ideologi agar terbentuk sebuah monolitik dan integrasi,kerana yang menyatukan kita adalah kalimah tauhid yang satu. Kalimah yang diucapkan kita semua setiap kali bertasyahud. Kalimah itu bukan sahaja diucapkan bangsa kita atau golongan kita tetapi ummat Islam keseluruhanya termasuklah mereka yang kita benci selama ini. Kita disatukan oleh Allah dengan talian persaudaraan. Mengapa pula kita membina tembok persengketaan.

Ayuhlah kita ulangi hijrah Rasulullah dan para sahabat. Mereka tinggalkan berhala-berhala disekeliling kaabah, kita tinggalkan berhala didalam hati kita, berhala didalam perundangan negara yang dibina oleh mereka terdahalu atas dasar kejahilan . Berhala kenegaraan yang diajarkan oleh Barat semasa imperialisme pada tahun 1914. Hijrahlah dengan membina ketamadunan dan kemenangan. Binalah negara serambi Madinah Rasulullah. Binalah tapak dihati sebagai serambi para sahabat. Membina persaudaraan antara bangsa demi menegakkan negara. Bersatulah seperti Aus dan Khadraj. Komitedlah dalam persaudaraan ini seperti Ansar dan Muhajirin. Tidak kira apapun bangsanya melayu ataupun jawa. Manapun buminya Malaysia mahupun Arab. Bagaimanapun rupanya mancung mahupun kemek. Kita tetap satu dan perlu bersatu dibawah panji Muhammadiah.


Hadiah Zionist buat Gaza sempena Maal hijrah.

gambar : 27 dis 08, Tebing gaza










Kecuaian Mahmud Abbas dari parti Fattah dalam memerintah Palestine memburukkan lagi keadaan. Fattah masih gilakan darah saudaranya Hammas. Pengeboman dan keamukan yang mengila babi oleh yahudi terhadap saudara kita disemenanjung Gaza adalah hadiah buat mereka. Tamparan hebat kepada boneka yahudi di negara-negara arab dan ummat muslimin keseluruhannya. Mayat pasukan keselamatan Hammas ditemui bergelimpangan dalam keadaan mengerikan memberikan bara api kepada kemarakkan semangat jihad bagi mereka yang prihatin. Brigadier General Dan Harel berkata “ sempena tahun baru Hijrah, tumpuan kami (yahudi) adalah pejabat kerajaan, kilang, pejabat keselamatan dan banyak lagi kawasan yang dikenal pasti milik penyokong dab parti gerakan Hammas”














Iran, walaupun berakidah syiah…para ulama terkemuka dinegeri itu memberi mesej jelas kepada yahudi dan negara Islam apabila mendaftar diri sebagai sukarelawan untuk membantu Gaza selari dengan penglepasan laman web www. Rohaniatmobarez.com. Barisan Pembela Islam (FPI) pula mengumumkan sudah siap sedai mengahantar pasukan bantuannya dari Jakarta.

Dunia ummat Islam hanya menjadi penonton aksi keganasan yahudi. Mesir tetap konsisten dalam menutup sempadanya kepada adiknya palestien. Bukan sekadar sudah 2 tahun muslimin Palestine merana kerana terhalang memasuki Mekkah memalui sempadan itu, bahkan pelarian jua tidak dibenarkan menumpang teduh. Mesir lebih sanggup melihat saudaranya mati dihadapan mata mereka daripada menghulurkan tangan. Nampaknya bukan sekadar Annuar saddat, Perdana Menteri mesir kini juga berhati binatang. Mesir masih belum puas menghirup darah para pejuang, walaupun setelah dihidangkan darah para pemimpin mujahid seperti As-syahid Hassan al-Banna dan Syed Qutb. Mungkin Mesir adalah kembar kepada Turki, negara 2 wajah. Negara yang dimaklumkan di dalam surah ali-Imran ayat 100.

Kuwait dan Malaysia bersependapat. Mengutuk setiap kali serangan dilancarkan oleh Zionist. Tanpa bertindak mereka mempercayai rundingan damai antara 2 pihak sungguhpun jelas disebut dalam surah Baqarah dan ayat 120. dalam ayat 36 surah at-Taubah pula menjelaskan bahawa perjanjian damai bukanlah jalan penyelesainan dalam siri keganasan ini. Didalam film Lion for lamb, jua menunjukkan membela diri adalah ekspresi fitrah semula jadi apabila senator dalam film itu (dilakonkan oleh Tom Cruis) menyindir kepada pemberita yang bertanya kepadanya “apakah anda membalas serangan dengan perjanjian damai?”. Sikap Malaysia yang suka mengambil ringan dalam persoalan agamalah yang membuatkan ia dipandang sinis oleh agama lain sehiggakan penghinaan terhadap Nabi Muhammad berani dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

Al-haqir bukan mengajak masyarakat melayu khususnya untuk berperang di Malaysia menentak non-muslim. Tidak jua bermaksud menyokong radikalsme. Ini sekadar satu kesedaran bahawa semua kita yang menganggotai komuniti muslim tanpa sempadan ini perlu mengambil berat dan membantu saudara kita di bumi suci Baitul Maqdis dengan segala kudrat termampu bahkan tenaga ketenteraan jika diperlukan. Begitu jua isu ummat diselatan thai, 29 Disember lalu berita thai melaporkan 3 lagi pejuang Islam berjaya ditembak mati.

Untuk membagun kekuatan. Diri kita, keluarga , masyarakat dan seluruh negara Islam perlu melakukan penghijraan besar-besaran. Hindarkan selar-menyelar, hasad dengki dan segala sifat mazmumah. Binalah nilai positif (sifat mahmudah). Ceduklah ia dari lautan kesempurnaan Muhammad saw. yang pernah diceduk oleh para sufi terdahulu, yang pernah dihurup kemanisan dan kejayaannya oleh para ulama dan umara. Rasailah kesegaran, kemanisan penyatuan dan kejayaan dengan berhijrah ke lembah taqwa. Kerana dengan pembinaan taqwa ia melahirkan emisi dari Ilahi. Lahirlah daulah rahmat daulah taqwa, seperti disebutkan di dalam ayat 15 surah As-saba’ dan Al-a’raf ayat 56-58.

Sabda Rasul:

ﻋﻦﻋﺎﺌﺸﻪ ( ﺭ ) ﻗﺎﻠﺖﻗﺎﻞﺍﻠﻧﺒﻲ( ﺺ )ﻻﻫﺠﺭﺓﺒﻌﺪﺍﻠﻓﺘﺢﻭﻠﻜﻦﺠﻬﺎﺪﻭﻨﻴﻪﻭﺍﺬﺍﺍﺴﺘﻓﺮﺘﻢﻓﺎﻨﻓﻓﺮﻭﺍ

dari Aisyah ra. berkata : Nabi saw bersabda: sudah tiada lagi hijrah (perpindahan dari mekkah ke madinah di kira sbg. pahala) setelah pembebasan Mekkah, tetapi yang ada hanyalah (penghijrahan) Jihad dan Niat, sekiranya engkau dipanggil ke medan jihad maka bersedialah menyahutnya.
Disepakiti hadis ini.

Hadis bukhari dalam bab Jihad, muslim dalam imarah.

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia (siri 1)








Kerakusan politikus atau demam rakyat.

Tahun 2008 adalah tahun amat berwarna-warni. Pelbagai fenomena memeranjatkan, rancangan Tuhan dilaksanakan dengan kekuasaanNya. Tiada apa yang dapat menghalang. Pembentangan bajet yang agak kecil peruntukkannya buat rakyat membuka tirai beberapa bulan sebelum 2008 menjelang. Semua parti politik menjadi gamat apabila pilihanraya umum menjelang pada bulan Mac. Isu minyak menjadi perbahasan hangat apabila pembangkang mempolitikkan isu ini, kerajaan sedia ada cuba membersihkan diri dengan 1001 alasan. Tidak lupa jua , isu pada awal tahun ini telah menjadi pembuka selera kepada pembangkang apabila Mantan Menteri Kesihatan Choi Sew Lek mengejutkan negara dengan skandalnya yang amat menjijikkan. Lebih menjijikkan seorang pemimpin yang runtuh moralnya tetap dijulang pada pemilihan MCA. Choi diisytihar menang pada tanggal 18 okt. Hari besejarah, demi periuk nasi rakyat Malaysia yang merakyat berteraskan rukun negara kesopanan dan kesasusilaan tegar memilih pemimpin rendah moral menerajui parti mereka.

Kemenangan kuasa alternatif rakyat membentuk kerajaan campuran di beberapa buah negeri merobohkan tembok perkauman yang menjadi amalan politik Barisan Nasional. Pakatan rakyat bukan sahaja disertai oleh parti yang bersifat agresif dan aktivisme Democrat Action Party(DAP) yang majoritinya adalah mereka yang berbangsa Cina, malahan Parti Islam jua (PAS) menjadi salah satu tunjang utama walaupun hakikatnya mereka disatukan oleh parti berdasarkan liberalisme PKR. Perhimpunan Protes dan JERIT menimbulkan pelbagai tanda tanya. Dihujung tahun parlimen kembali bergegar apabila Penasihat PKR kembali untuk bersilat bersama-sama Presiden Pas dan Penaung DAP. Belum sempat habis bersorak, misi 16 September gagal.

Barisan Nasional kian goyah parti komponennya bertelagah sesama sendiri. Umno pula menjadi kian runcing setelah dicemari politik wang dan perebutan kuasa dalam pemilihan jawatan kuasa pusat. Manakala negara terus di beri pingat apresiasi apabila dunia melabelkanya sebagai negara ke 47 daripada 100 negara paling banyak rasuah. Bagi meperkukuhkan kembali media berkerja sama memburukkan Pakatan Rakyat dengan menukar nama yang indah itu kepada Pakatan Pembangkang (al-Ahzab agaknya), memprovokasi isu ternakkan khinzir dsb. Namun sikap ketamakkan BN masih tidak berubah, pemilihan Umno baru-baru ini memperlihatkan dua calon ketua wanita berebut tahta.

Kemualan dalam menyertai Umno membuahkan hasil lumayan kepada pembangkang. Seorang demi seorang ahli BN gugur melompat ke parti lawan termasuklah Ketua Umno cawangan Petaling Jaya, selangor Kepten (B) Datuk Zahar Hashim. Ini ditambah pula apabila PM Malaysia ke 4 Tun Dr. Mahathir kembali turun padang membongkar kebobrokan partinya sendiri.

Perjalanan 2008 juga amat mengerikan. Saban hari akhbar memaparkan kes jenayah rompakan, bunuh, pemalsuan sijil kelayakan perubatan, dan sebagainya. Kes jenayah sudah bagai satu kebiasaan. Mayat demi mayat ditemui dalam keadaan yang sadis, ada yang dibakar, di telanjangkan dan sebagainya. Mangsa sudah tidak kira usia, malahan pelajar jua mati dibelasah di kebun getah (18 dis. kuala nerang). Kemanusiaan sudah terhakis sementara pemimpin asyik berpolitik. Apatah lagi sistem kehakiman yang tercalar apabila Penasihat PKR cuba membongkar korupsi dalam video Linggam. Kekejaman manusia khususnya di Malaysia diteruskan apabila warga Mongolia turut diletupkan dengan bom. Sekali lagi sistem perundangan Malaysia menunjukkan ketelusannya,31 okt. Abdul razak Baginda bebas tanpa perlu membela diri.

Isu bukit Antarabangsa turut menjadi mangsa. Runtuhan bukit juga boleh dipolitikkan. Bertapa jijiknya ‘keikhlasan’ mereka. Sedangkan mangsa banjir yang menjadi rancangan tahunan Allah di pantai timur tidak dipedulikan. Apakah kerana status penduduk bukit antarabangsa menjadikan mereka layak menikmati bantuan sebegitu rupa. Dihidangkan makanan hotel terkenal dipagi hari raya, sedangkan mangsa banjir hanya memakan nasi sejuk bungkus?. Kematian di bukit tersebut dilaporkan hanya 5 orang setakat ini.

Begitulah landskap politik Malaysia tahun ini, isu perkauman sering dimainkan. Belum terjawab isu ketuanan melayu yang sudah nyata tidak releven. Isu papan tanda dipolitikkan. Hak kaum bukan Muslim dalam mengaut keuntungan dari ternakan khinzir dinafikan.

Akhirnya , para politikus ini dikejarkan dengan pilihanraya kecil kali kedua pada 2008. Setelah Permatang Pauh, kini P36 Kuala Terengganu pula menjadi rebutan. Berlakulah seperti biasa, setiap malam kedengaran parti yang bertanding mengambil bahagian dalam sesi mencaci pihak lawan. Sehinggakan ada yang sanggup memperkecilkan hukum Allah demi satu coretan “x” disebelah namanya.


Kuasa mempertikaikan fatwa.

Masyarakat Islam seperti biasa masih senang dan nyeyak dibuai mimpi-mimpi indah. Kenyang dengan retorik para politikus mereka. Mereka lupa bahawa tugas pemimpin itu menjaga kebajikan mereka. Menjaga kesihatan, pendidikan, ekonomi, keselamatan bahkan mendidik mereka agar kenal dan takutkan Tuhan. Impak dari buaian mimpi indah itu, sensitiviti agama kian terhakis.

Isu yoga dan pengkid menjadi perbahasan hangat dihujung tahun ini. Yoga di fatwakan ‘Haram’ kerana adanya unsur keagamaan hindu. Manakala pengkid pula ada unsur tashbih (ﺘﺸﺒﻴﻪ ) yakni peniruan berlainan jantina sedangkan hadis jelas mengharamkan menyerupai agama lain dan lelaki meyerupai wanita begitu sebaliknya.

Jelas, setelah al-haqir Jejak sufi sendiri mengkaji seni senaman yoga ini memang ada unsur keagamaan hindu didalamnya yang bakal merosakkan akidah. Selalunya pengamal senaman ini diminta menenagkan diri dengan mengosongkan minda bagi tujuan merehatkan (meditasi). Walhal dalam tasawwuf, seorang Muslim ditegah mengosongkan minda. Ini kerana meditasi dan ketenangan seorang Muslim itu berada apabila ia mengingati kehangatan dan kelembutan kasih-sayang Tuhan yang dilimpahkan kepada dirinya. Mengosongkan minda boleh membuatkan syaitan yang mempunyai belalai seakan babi bernama Khannas masuk melalui nafas lalu mengikut aliran darah sehingga ia hinggap ke perdu hati lalu bertindak mengwas-waskan akidah Muslim. Selain itu banyak unsur-unsur yang jahat mampu menyelewengkan akidah Islami seperti penyatuan dengan alam, unsur kepercayaan , amalan fizikal, mantera dan pemujaan.

Fatwa ini dikeluarkan oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Abdul Shukor Husin pada 23 nov. Majlis Fatwa Kebangsaan berfungsi sebagai Majlis yang mengeluarkan fatwa bagi hal semasa untuk menjadi panduan ummat Islam. Ini kerana segala yang melingkar dalam kehidupan ummat Islam ia dikaitkan dengan soal hukum. Samada ia Wajib, Sunnat, Haram dan Makruh serta Mubah (boleh). Majlis ini dianggotai oleh golongan profesional dan intelek. Bukan sekadar bidang keagamaan malahan mencakupi pelbagai bidang lain termasuk kedoktoran, psikologi, dan sebagainya. Kemudiannya fatwa akan diserahkan untuk diwartakan dalam oleh Dewan Undangan Negeri di setiap negeri dibawah Akta Syariah.

Apa yang menyedihkan setelah ia difatwakan. Majlis Fatwa mendapat respon negatif dengan ditentang hebat oleh penganut agama Islam sendiri termasuklah orang awam dan para artis seolah-olah mereka lebih berpendidikan dari golongan intelek ahli Majlis Fatwa Kebagsaan .Sebagai contoh ,komen yang dikeluarkan artis apabila disoal tentang isu yoga mencerminkan sifat majority para artis yang tidak mempedulikan Islam dalam kehidupan seharian malah lebih melampau berani memperlekehkan Islam seolah menafikan agama dan Tuhan mereka.. Bahkan dikatakan fatwa dikeluarkan terlalu terburu-buru. Apabila ulama tidak memberi fatwa dituduh pula ulama kolot dan tidak mengikut peredaran zaman. Inilah sikap ummat melayu di bumi Malaysia, sungguh memalukan. Sifat ummat Melayu ini samalah seperti si buta berhujah mengenai gajah dengan si celik.















?






Selain ummat Islam boleh mengamalkan pelbagai jenis senaman yang ‘halal’. Fakta menunjukan solat itu sendiri adalah senaman 5 kali sehari. Ianya telahpun dibuktikan secara saintifik.

Fatwa hanyalah melibatkan mereka yang beragama Islam kerana Islam adalah cara hidup bagi ummatnya. Namun, apa yang sarkastiknya mereka yang bukan beragama Islam pun menyerang fatwa ini. Ini menunjukkan kebiadapan mereka terhadap Islam. Bahkan non-Muslim juga sudah jelas mengenai hal ini. Buktinya akhbar The Star sendiri faham mengenai kepada siapa fatwa ditujukan. Akhbar tersebut menyebut dilaman utamanya (23 nov) Fatwa Council deems ancient form of exercise from India haram for Muslim”.

Selain IFC, SIS (golongan munafiq yang berfahaman Islam liberal) dan lain-lain muncul menentang dengan penuh kebiadapan. Setelah dibongkar oleh YDP TERAS Yang berbahagia Azmi Hamid, sebenarnya mereka adalah NGO yang bertujuan meranapkan kaum Muslimin di Malaysia dan kewangan mereka dibantu sepenuhnya oleh Gerakan Kristianisasi Antarabagsa. Manakala YDP ABIM Kedah Hafiz Mustafa Lubis pula membongkarkan (ketika itu beliau masih Setiausaha ABIM Kedah) mereka dianggotai oleh golongan profasional non-Muslim dan termasuk ahli politik komponen BN dan pembangkang . Dianatara pembongkaran lagi termasuklah IFC turut bergiat membantu kewangan ajaran sesat seperti ibu-Lia, ayah Pin, nabi palsu Kahar dan banyak lagi (kecuali gerakan aurat muhammadiah @ al-arqam).


Dihujung tahun ini anehnya ayah Pin muncul kembali…apakah makna semua ini?. Apakah IFC sudah kembali aktif dan utuh ? .tidak lupa kepada isu cadangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (14 Nov)supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Yang bakal merobek kesucian Islam dalam mengamalkan dasar convivencia. Cadangan beliau dijawab oleh Prof Aziz Bari didalam akhbar pembangkang. Satu demi satu isu kebiadapan pihak tertentu kepada ajaran Islam adalah interprestasi daripada kerendahan nilai umat islam dan para pemimpin negara yang beragama islam. Sudah tiada lagi nilai intergriti yang dihayati oleh para poltikus Islam. Dimanakah masa depan ummat Islam?. Itulah yang menjadi tanda tanya kita dipenghujung 2008



Suara prihatin

Jejak Sufi

Wednesday, November 26, 2008

Z dan Habib umar


Assalamualaikum…kali ini al-haqir ingin menitipkan sebuah pengalaman yang berharga buat seorang insan..

Insan itu bukan al-haqir, tetapi sahabat al-haqir..pada mulanya hubungan kami tidaklah serapat mana, ia berubah sesudah detik itu. Beliau mula beransur berubah bahkan diupgreadkan dirinya…meninggalkan kelongsong kesepian iman dan ketandusan ilmu…mindanya, imannya, ilmunya bahkan semangat dan fikrahnya melalui satu anjakkan paradigma yang tak disanggka…

“Dulu dia croi ja noh” seorang sahabat dari Kedah, menganalisis perubahan pada diri ‘Z’ (bukan nama sebenar)…Z dahulunya budak hingusan kini mula berjinak dengan perjuangan. Semangatnya yang membara sesuai dengan usianya yang muda. Kini watak keberaniannya membuatkan al-haqir mengimbau kembali kisah Rasulullah yang didokong oleh para sahabat yang 90%nya adalah pemuda. Z kini mula berjinak dengan usrah. Mula mendaftar diri sebagai anak buah al-haqir. Bahkan Z kini sudah cekap berhujah dan beristidlal (berdalil) dengan dalil-dalil al-aqli (akal) dan al-naqli (Quran dan al-hadis). Bukan sekadar itu, fikrahnya dalam soal dakwah dan perjuangan sudah kian cerah.

Kini beliau sudah mampu mengajak kawan-kawannya untuk berubah. Z sudah punya visi dan misi yang jelas. Kesanggupan mewakafkan diri, harta dan segala yang tersisa buat Allah dan rasul-Nya. Itulah Z, walau ditahap novice dalam perjuangan namun sudah mengagumkan naqibnya ini. Ketika usrah kami berombak kerana serangan dari pihak yang punya kuasa…beliau teguh membela, walau di gertak, hampir disisihkan keluarga Z teruskan refomasi dengan teknik lain. Baginya ‘ lawan tetap lawan’. Z banyak berjasa dalam bahtera usrah kami, dialah adik muda Jejak Sufi ini dalam usrah. Z mengerakkan kuasa pengaruh yang ada pada al-haqir semasa al-haqir di quarantine kan.

Apa sebenarnya yang terjadi, budak yang hanya suka berhibur, mengawan-mencari pasangan kini menjadi singa ngauman. Walaupun masih punya banyak kelemahan boleh saja ia digelar singa muda bagi usrah kami. Kisah bermula pabila seorang tokoh sufi kontemporari menjejakkan kaki ke pasentren kami. Membawa barakah yang diwarisinya dari keturunannya yang suci.

Ulama’ yang dimaksudkan adalah Al-Habib Umar B. Salim B. hafiz al-husaini al-hadrami. Ulama’ berdarah as-syahid Imam Hussain ra. B. Ali krw. , cucu Badrul tamam Muhammad saw. Ilmu dan hikmahnya diturunkan dari hati ke hati. Dengan keikhlasanya, kata-kata Habib Umar menyerap kedalam hati-hati yang mati, meresap masuk kedalam jiwa yang kelam dengan cahaya kebenaran ia membangkitkan kealpaan hati yang lena dibuai nafsu. Agaknya itulah apa berlaku kepada Z lantas sedar dan berubah. Terdetik dihatinya ini adalah seruan Ilahi kepadanya agar kembali dan meniti jalan Nabi Agung Muhammad saw. dengan barakah dan hidayah dari Allah Z bangkit lalu segera masuk kedalam saf perjuangan membela Allah dan rasulnya.
Al-Habib Umar bercerita tentang saidina Bilal (muaziin Rasulullah) dan kasihnya kepada Ahlul-bait. dengan imannya ia menarik perhatian pendengar, lantas membuahkan khusyu’…kali pertama kami mendengar tazkirah dengan linagan air mata…terasa diri kerdil dan hina…rindu dan cinta terhadap Allah dan rasulnya..ahlul bait dan para sahabat…sejak dari itu hati kami menjadi lembut dan mudah menagis dengan kata-kata yang membawa message kecintaan terhadap allah, rasul, ahlul bait , para sahabat, kaum muslimin dan perjuangan Islam.


“Itulah bilal,‘azan’nya hanya buat kekasihnya Muhammad nabi sekelian ummat…” kata-kata Habib Umar memuhasabahkan diri, sejauh manakah cintaku dan hidupku dipertaruhkan buat Nabi yang telah mempertaruhakan segala kesenangan hidup, malahan nyawanya buat memastikan diriku mengucap 2 kalimah syahadah. Syarahannya di akhiri dengan doa barakah darinya “sesungguhnya aku melihat dari jauh pasentren ini punya ‘Nur’…jika tidak…mana mungkin Prof. Syiekh Muhammad B. Alawi B Abbas al-maliki berkunjung ke sini berkali-kali” …

Apa yang bermain dihati ini adalah semoga Allah mempertahankan kami yang membela rasul-Nya, dengan harapan agar kami dikukuhkan diatas landasan nubuwwah ini dengan istiqamah. Semoga Allah berserta usrah kami, dan perjuangan ini. Kepada ‘Z’…teruslah berlari ke Tuhanmu, terkamlah musuh-musuh sehingga mereka rebah menyujud kepada dirimu. Musuh yang sebenarnya adalah: Syaitan , Nafsu, silauan kecintaan duniawi dan manusia yang tak layak digelar manusia.!!!

BERHENTILAH BERDAKWAH!!!


Berhentilah berdakwah !!!

Ya, berhentilah berdakwah wahai daei…usah diteruskan lagi usaha jelek mu itu, itulah nasihat al-haqir kepada para sahabat seperjuangan yang turut serta di medan dakwah.

Eh, apa pula!?, apa Nta ni? Kami buat usha dakwah, bukan dosa…ini kerja wajib….

Mungkin itulah yang terpancut dari lidah seorang daie yang cepat melatah…

Nanti sahabatku,

Sabar… Daie yang super tidak cepat melatah, sebaliknya ia mewarisi sifat fatonah (bijaksana) dari rahsia kesempurnaan nubuwwah.



Jualan yang rugi



Bukan apa, malam tadi (20 Nov 2008) sepucuk system pesanan ringkas (sms) singgah di inbox (peti masuk) hand phone mengejutkan al-haqir. Segera al-haqir membukanya, pengirimnya adalah seorang si gadis yang sedang mencari jalan pulang (semoga dengan barakah Baginda saw. Allah membimbingnya)… “Jejak sufi, camner ni…saya kureng faham lor.. ‘tidak beriman seseorang kamu sehingga lelaki lebih dikasihinya dari sekelian muslimin’.. tolong ye?”…

Astaghfirullah…..mengucap panjang al-haqir membacanya, dari pengamatan… wanita itu terima ayat dari seorang daie…hadis apakah ini, ini hadis palsu!!!(maaf al-haqir masih belum menemui sumbernya walau sudah dikaji dengan teliti)…

Daei apakah ini? Sanggup memalsukan hadis demi memburu cinta murahan?. Lebih ironic nya si madhu’ menjadi mangsa nafsunya.daie apakah ini, sanggup mendustakan kebenaran, inilah belitan syaitan yang selalu mengjerut para daei….kisah ini tak ubah seperti hal keadaannya ahli kitab yang disebut berkali dalam al-quran, Allah menyindir di dalam surah ali-Imran ayat 71 : Hai Ahli Kitab, mengapa kamu mencampur adukkan yang haq dengan yang bathil, dan menyembunyikan kebenaran, padahal kamu mengetahuinya?..

Ya, mengapa tegar berbuat sedemikan rupa walhal allah telah mengerdik perbuatan itu didalam firmannya :



Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah diturunkan Allah, yaitu Al Kitab dan menjualnya dengan harga yang sedikit (murah), mereka itu sebenarnya tidak memakan (tidak menelan) ke dalam perutnya melainkan api], dan Allah tidak akan berbicara kepada mereka pada hari kiamat (kerana teramat murka ) dan tidak mensucikan mereka(memberi pengampunan) dan bagi mereka siksa yang amat pedih.


Inilah yang dinamakan menjual agama, demi mendapatkan bangkai keduniaan.sanggup mengadaikan iman demi kelazatan nafsu…membeli neraka dari mendapatkan syurga nan indah. Imam Gahzali menamakan mereka sebagai ulama’ su’ (jahat) atau pemimpin yang menyesatkan didalam bidayatul hidayah dinukilkan kata-katanya: “ mereka berbicara dan berpakaian seakan ulama’ (pendakwah) namun hatinya penuh dengan kerakusan dalam mengejar dunia........akan menasihatimu agar berhenti, ia hanya akan membinasakan diri. Bahkan, jualanmu hanya menambah kerugian dan perniagaanmu pasti porak-peranda” Rasulullah menyatakan kehinaan dan bahayanya daei yang berpewatakan seperti ini:


ﺍﻨﺎﻤﻦﻏﻴﺮﺍﻟﺪﺠﱠﺎﺪ ﺍﺨﻮﻒ ﻋﻟﻴﻜﻢ ﻤﻦ ﺍﻟﺪﺠﱠﺎﺪ.... ﻔﻘﻴﻞ: ﻤﺎ ﻫﻭ ﻴﺎ ﺮﺴﻭﻞﺍﷲ?....ﻔﻘﺎﻞ: ﻋﻟﻤﺎﺀﺍﻟﺴﻭﺀ

( ﻤﻦﺍﻷﻤﺔﺍﻟﻤﻀﻟﻴﻦ)

Ada sesuatu yang aku lebih risaukan (kerana kejahatannya) dari si Jaddal, sahabat hairan lalu bertanya: apakah ia??? Wahai rasulullah ??...Nabi menjawab: ulama su’ (jahat) Dan dalam riwayat lain disebutkan : (pemimpin yang sesat.) riwatat oleh Imam Ahmad dari Abu Zar ra.



Cinta ana-Nti


Belitan in dipanjangkan lagi, sudah merantai si daei dan madhu’, kini Musuh Allah itu (syaitan) menjerut pula cinta sesama daei, sesama dalam jamaah, diberi tarbiyah , punya fikrah dan dakwah, punya matlamat fisabilillah. Yang malamnya sebelum tidur saling mengingati untuk bertahajjud, sarapan paginya dengan peringatan untuk saling berma’surat (lazimnya mereka yang mengikut manhaj as-syahid Imam Hassan al-banna mengamalkan ma’surat). Terkadang sms berunsur kata hikmah menyinggah. Sesekali diselangi ayat Quran, dan hadis Nabi junjungan. Bila masalah melanda, si dialah penyelesainya, kerna si dia lebih memahami jiwa seorang pejuang di medan gemilang bergelar seorang daei …asalkan ikhtilat dapat disambuyngkan syaitan bertopeng kebaikan licik merancang penipuan. Inilah namanya cinta ana-nti. Selalunya ketua usrah atau badan dakwah adalah mangsanya.


Sudahlah

Belitan demi belitan, tipu daya demi tipu daya, pengeliruan demi pengeliruan disumbat kedalam hati para daei saban hari menyebabkan kesesakkan berlaku akhirnya menyekat dari Nur masuk menebusi ruang kelam di hati. Imam Syafie dalam syairnya bersenandung tentang hal ini, pesan gurunya waqi’( ﻭﻘﻊ): Ku adukan kepada waqi’ kepayahan dalam hafalan Lalu ia membimbingku agar maksiat ditinggalkan (katanya)“sesungguhnya ilmu itu cahya penerangan… Dan nur Allah (ilmu) tidak menembusi hati pengamal kegelapan(maksiat)” Demikaianlah nasihat waqi’ kepada Imam As-syafie hinggakan mendorongnya bukan sekadar menjadi daei yang cemerlang bahkan mencatat nama di lembaran sejarah sebagai mujhtahid yang berkeliber menyumbang bakti dalam perkembangan keilmuan islam. Inilah daei contoh, daei super. Yang punya kusa IQ dan EQ yang seimbang, punya kekuatan SQ yang diluar meter jangkaan. Ikutan kita SAW. menyifatkan melalui hadisnya yang mulia , diriwayatkan oleh Tirmizi dsengan catatannya : dari Abi Ya’la ( ﺍﺒﻰ ﻴﻌﻠﻰ) yakni Syaddaad B. Aus ( ﺸﺪﺍﺪ ﺒﻦ ﺍﻭﺱ), bahwa orang yang bijak itu adalah mereka yang tinggi motivasinya (muhasabah dan kekuatan berubah) dan mereka bersedia menghadapi maut sebaliknya si dungu hanya mengikut runtunan nafsu dan berharap di ampuni Allah (ke syurga). Daie sudahlah, jadilah bijak. Usah diikut runtunan nafsumu, sampai kapan kalian ingin dibelit oleh penipuan musuhmu, sanggupkah kalian hidupsebagai mangsa penipuan, kekeliruan, dan kesesatan. Selesakah kalian dihina oleh Allah dan diketogorikan sedahsyat dajjal. Sukakah di disamakan dengan akhlak jelek ahli Kitab dan diselar dengan menyalaan neraka?. Usahlah jadi seperti yang disebut oleh saidina umar al-khattab ra. “ pakaian mereka pakaian ruhban (orang saleh ), tapi hati mereka hati si serigala busuk hati dan berpenyakit mazmumah)”. Keluarlah dari kepongpong kekeliruan, keluarlah dari penipuan,jika enggan tinggalkan medan ini, tinggalkan medan dakwah sekiranya tidak mampu…bagaimana ingin mentarbiyah manusia jika nafsu sendiri gagal ditundukkan…keluarlah… berhentilah…lebih baik dariterus keliru dan mengelirukan…atau kembalilah kepada dakapan taqwa dan rasailah kehangatan cinta Allah, cinta agung, tinggalkan cinta murahan ….wahai sahabatku, wahai para daei…..


TITIPAN KASIH

Jejak Sufi

Tuesday, November 18, 2008

Obama, obama dan obama



Obama, obama dan obama

Saat yang mendebarkan telah berakhr dengan sorakan, persaingan sengit antara Palin, Obama dan McCain telah terjawab. Selepas tamat tempoh berkempen rakyat amereka mula memilih. Saat demi saat keputusan dinanti dengan penuh debaran, setelah Palin jatuh lebih awal, kini tinggallah McCain dan Obama dengan rektorik masing-masing. Sudah pasti siapa yang lebih indah debunga harapanya akan dipetik rakyat.

Kita menyaksikan sebuah fenomena yang aneh, buat pertama kalinya liputan terluas dalam pemilihan presiden amerika syarikat diadakan oleh media seluruh dunia, Malaysia jua tidak ketinggalan. Pastinya internet lebih cepat, bagi mereka yang sudah tidak sabar lagi mengetahui keputusannya. Walau jika dibandingkan, pilihanraya sebelum ini adalah lebih menarik kerana kiraan dibuat beberapa kali. Namun inilah pertama kalinya dianggarkan seramai 130 juta rakyat AS keluar mengundi menjadikan peratusan keluar mengundi yang tertinggi dalam sejarah negara tersebut sejak 1960.



Tn. Senator Barack Hussein Obama

Memang menarik, selain karismatik dan pandai bermain kata-kata…personalitinya yang berdarah campuran itu menarik perhatian dunia, bapanya berasal dari Kenya sedangkan ibunya berasal dari Kansas, AS. Berslogankan “Yes we can”(Ya, kita boleh), Obama dari Demokrat akhirnya mengaut 349 undi mengalahkah pencabarnya John McCain calon dari Republikan. Ini bermakna beliau adalah presiden Amerika yang 44 dan manusia pertama berkulit hitam yang bakal mendiami Istana White House. Walaupun keputusan pilihanraya di North Carolina (15 undi) dan Missouri (11) kesemuanya melibatkan sebanyak 26 undi BPP masih belum diputuskan, ia tidak akan mengubah keputusan pilihanraya dan hanya akan meningkatkan undi yang diterima oleh Obama dan McCain.


Keptusan rakyat menipiskan lagi sensitiviti perkauman (apatik) yang selama ini menjadi barah masyarakat amerika. Demokrat kali ini berjaya merasuk pemikiran rakyat agar meninggalkan amalan nenek-monyang mereka yang membawa perpecahan semata. Walau sebenarnya islam telah lama mendahului dalam hal ini. Nabi Sang Mulia SAW. pernah berpesan agar taat kepada pemimpin walaupun ia berasal dari negara berkulit hitam dan tidak berkasut (papa) asalkan ia bertaqwa. Hari ini dunai menyaksikan kebenaran kata-kata baginda SAW.. Memang benar mereka yang berkulit putih akan diperintah oleh mereka yang berbangsa kulit hitam.

Dunia menyambut baik permahkotaan peresiden baru ini, Perdana menteri United Kingdom, Gordon Brown menyatakan bahawa pilihanraya presiden di Amerika Syarikat kali ini merupakan satu sejarah. Brown turut mendakwa bahawa dia dan Obama “berkongsi banyak nilai”.

Sementara itu, presiden China, Hu Jintao berkata dia mengharapkan kemenangan Obama akan memperkuatkan dialog diantara China-Amerika Syarikat.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata keputusan pilihanraya tersebut memberikan harapan besar kepada dunia.

Kenya, tempat asal bapa Obama turut meraikan kemenangan presiden baru AS itu. Mwai Kibaki, presiden Kenya mengisytiharkan cuti umum sebagai tanda kegembiraan rakyat negara tersebut terhadap kemenangan Obama.

Di Indonesia, bekas rakan sekelas dan bekas guru Obama turut meraikan kemenangannya. Menurut Dewi Asmara, salah seorang daripada rakan sekelas Obama, “saya masih teringat dalam satu kelas, setiap pelajar menuliskan tentang cita-cita mereka. Ada yang menyatakan mereka mahu menjadi peguam, tentera dan juruterbang akan tetapi Obama mahu menjadi presiden”. Sungguhpun senator Illinois itu sudah tidak ingat siapakah mereka.

Di Obama, Jepun - sebuah bandar nelayan - turut merayakan kemenangan presiden kulit hitam pertama itu kerana namanya berkongsi dengan senator Illinois itu.

Obama dan harapan…dunia islam?

gambar: perarakan masyarakat minoriti muslim di london
"Detik perubahan sudah tiba di Amerika" Obama muncul dengan seribu harapan. menyeru seluruh rakyat AS supaya bersatu menyahut pelbagai cabaran mendesak.

Dunia afghan terutamanya mengharapkan presiden ke-44 ini dapat menghentikan kesengsaraan yang dihadapi mereka saban hari. Jelas sekali perkara ini dalam ucapan Irene Khan setiausaha agung Amnesty International (AI) , beliau telah menuntut agar presiden AS yang baru menutup kem tahanan suspek pengganas Guantanamo di Cuba yang kini memenjarakan 255 orang yang disyaki terlibat dengan Al-Qaeda, sebaik saja 100 hari setelah menjadi presiden.


Selain itu obama dilihat sebagai perungkai kekusutan ekonomi dunia yang sedang membelit negara-negara yang berdagang mengunakan matawang Us. Dollar. Krisis yang dihadapi kini dikatakan bakal menyamai Great Depression pada tahun 1930-an dahulu. Oleh itu, semestinya Obama perlu berdepan dengan cabaran bagi merealisasikan harapan yang ditaburnya kedalam masyarakat dunia.

Namun, hakikatnya…jika tirai kebenaran diselak, ternyata Obama tak ubah seperti presiden-presiden Amerika yang dahulu. Muncul dengan penuh harapan dan penuh karisma tetapi setelah menjualnya dan berjaya mengaut kepercayaan ummat dunia, ia mula menunjukan taring sebenarnya. Mula menindas dan mengganas, membunuh dan menipu. Selain hanya bermatlamatkan keuntungan sendiri, mereka jua adalah ayah angkat kepada Israel.

Obama sebelum apa-apa sudah memberikan isyarat bahwa jalinan baik dengan Israel akan diteruskan. “ bangsa yang paling malang adalah rakyat palestien kerana enggan mengiktiraf bumi Israel” itulah isyarat refomasi obama kepada perpaduan, keamanan, dan ekonomi dunia. Pencaturan yahudi amat licik, hari ini ia membawa watak baru dalam teater pembohonganya. Pernah penjajah inggeris di India menyebutkan bahwa “sesebuah bangsa mana mungkin dapat menerima penjajahan bangsa asing, tapi ia akan dapat menyambut baik penjajahan iyu jika ia dating dari kalangan kulit hitam itu sendiri (mereka sendiri)”. Deri kata-kata itu, Israel berorentasi bahawa watak yang sesuai sebagai penjajah adalah dari kalangan masyarakat itu sendiri.

Jejak sufi (al-haqir) merasa sedih dan hairan mengapa dunia islam boleh menyambut kedatangan boneka baru ini, sahabat jejak sufi dari negara USA , sayfuddeen (beliau berbangsa Kurdis)dan merium dari UK ( berbangsa Pakistan) sebaik saja mendengar sorakan untuk presiden baru ini dating dari negara muslim segera mengutus perasaan pilu dan kecewa mereka terhadap kaum muslimin yang begitu mudah ditipu oleh musuh. Selain itu al-haqir jejak sufi jua turut kecawa dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang menghulurkan ucpan tahniah kepada Tn. Senator Barack Hussein Obama.

Apa yang membezakan democrat dan Republikan adalah hanya beberapa dasar yang hanya menguntungkan rakyat non-muslim di amerika syarikat. Dengan aliran yang sama (kapitalis) sudah tentu siapapun menang ia akan tetap mencengkam dan menindas. Kerana itulah dasar kapitalis, Cuma mungkin dasar pelaksaannya agak berbeza. Demokrat dilihat lebih lembut berbanding lawannya.

Beberapa hari lepas Utusan Malaysia meloporkan pertemuan antara Obama dan presiden George W. Bush diadakan, pertemuan itu belaku dalam tempoh jam yang lama. Semestinya Bush sudah memberi tips yang berguna buat Obama selain ingin memastikan dasar-dasar diskriminakasi terhadap dunia tedak dibaikan. Sesudah dari itu, persidangan G20 diadakan segera oleh Bush bagi memastikan ekonomi terus dipegang oleh negara-negara non-muslim sekaligus terus mengimbirikan usaha ekonomi dunia islam menjadi gergasi dunia yang mampu bersir dengan kekuatan mereka sendiri tanpa begantung harap kepada Amerika. Dalam peridangan G20, keputusasn yang dicapai adalah FSF (forum Kestabilan kewangan) berperanan lebih besar dalam mementukan dasar dan piawaian kewangan bakal dipatuhi oleh pengawal selia di setiap negara.

Jelas sekali pabila beliau mula mencadangkan bagi memasukkan seorang zionsit kedalam kebinetnya kelak. Manakala tentera us yang berada di iraq masih enggan meninggalkan negara lagenda saddam itu walau sudah diarahkan keluar selewatnya 2010. misi utama Obama adalah bagi mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi dalaman. Ini sudah tentu soal ekonomi dan perdangangan luar, hubungan dengan negara lain dijadikan no.2 kerana prioritinya adalah seperti disebutkan. Oleh itu manakah harapan dunia islam?.

Kisah Obama buat rakyat usa.


Kisah Barack Obama mirip harapan rakyat Malaysia ketika memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihanraya umum 2004.Abdullah pada ketika itu berjanji akan melaksanakan reformasi terhadap sistem kehakiman, pentadbiran negara dan ingin memerangi rasuah.

Akan tetapi sepanjang pemerintahannya hingga ke 2008 menyaksikan kegagalan (Datuk Seri) Abdullah untuk melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat Malaysia. Akibatnya (Datuk Seri) Abdullah tertanya mengecewakan lantas dihukum oleh rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya selepas 1969, Barisan Nasional hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen.

Jika Obama gagal melaksanakan janji-janjinya, beliau akan menerima nasib sama seperti Abdullah pada masa akan datang.

Cabaran yang dihadapi oleh Obama pada masa akan datang amat besar dan beban yang bakal dipikulnya selepas menjadi presiden AS yang sah pada pertengahan Januari 2009 amat berat.

Apapun masa akan meperlihatkan segalanya, Allah lah penentu dan sebaik perancang. Kerana perancangan Allah pasti terjadi, Allah –lah peklasananya dan Dialah yang berkuasa atas segla sesuatu. Ada yang berpendapat, obama akan senasib dengan Kennedy, ada yang mengatakan watak obama berlainan namun misinya adalah serupa dengan terminator model sebelumnya (Mr. Bush)…tulisan ini hanyalah pendapat al-haqir yang hina disisi tuhannya, semoga Allah menerima tulisan ini, dan Habibul Mustafa saw. memperakuinya….



# ﺍﺼﻠﺢﺍﷲﺍﻣﻮﺮﺍﻠﻤﻟﺳﯾﻥ



# ﺼﺮﻑﺍﷲ ﺸﺮﺍﻠﻤﻮﺀﺬﯾﻥ #


semoga allah memberbaiki urusan kaum muslimin
dan dihindarkan mereka dari segala ganguan kejahatan


(doa oleh tokoh besar sufi al-Imam al-Qutb Abdullah B. Alawi Al-haddad,
1066 h-1132 h, di hadramaut, yaman)



Bicara semasa :
al-haqir ila AL_QADIR

Jejak sufi

Tuesday, November 11, 2008

renungkan wahai daie...

dalam meniti kepayahan hidup , al-haqir terkenang pesanan Almarhum Ustaz Fadhil Noor(Presiden Pas), dengan nada yang lebut ia berpesan kepada para pejuang, daie, dan mereka yang meneruskan risalah nubuwwah ini " penentangan demi penetangan, ujian demi ujian, adalah untuk meyakinkan lagi keimanan terhadap Janji Allah dan Rasul-Nya( kisah perang al-ahzab seperti dirakamkan AL-quran) , agar kita sendiri merasai kezaliman sistem yang zalim ini, supaya para pendokong islam sedar , insaf dan bertaubat (kisah Yunus a.s dan Yusuf as.) dan bersiap-siaga kembali dan mengembalikan kebenaran firman Allah:


186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan."

kepada para daie'




Jangan Merajuk Wahai Da'ie


pujukan nurani: Jejak Sufi



Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…



Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


Sunday, November 9, 2008

kali pertama menjadi blogger

pada mulanya, al-haqir jejak sufi tidak suka membuat blog, kerana pebagai pndgan negetif yg jejak sufi dengar terutama dari sahabat-sahabat, ada yang mengatakan "Nta tau, internet ni boleh jadi ketagihan...tu ha, tengok si fulan tu(nama sengaja dirahsiakan) dakwa konon (si fulan punyai blognya sendiri) , 24 hour melekat kat C.C (cyber cafe)..." dengan nada bersahaja dia menceritakan peribadi sahabatnya, entahlah...

al-haqir jua penguna internet, agak kerap melayari beberapa web..

al-haqir tahu memang internet umpama bermain api, jika silap langkah neraka menyambar, disini (internet) segala tanpa batasan, oleh itu al-haqir selalu berwudhu' dan solat dhuha' sebelum menekan icon "modzilla atau Internet explorer"...al-haqir lebih selesa mengunakan engin pencarian al-wahy...lebih selamat...

sudah lama al-haqir berfikir untuk membuat 1 blog,
selain meluangkan masa, mengasah bakat dan minda,
niat bermain dihati ini untuk meneruskan kelangsungan da'wa,
sesekali kritikan mengenai internet bermain di minda,
disulami dengan pesanan Ayahanda Al-marhum ustz. Niamat Yusuf(pengasas pasentren al-haqir) agar terjun ke medan da'wa dan jihad....

sekali lagi nafsu, dan iman berperang...
sekali lagi akal dan ilmu berdebat ....

akhirnya Allah lah yang menang...
al-haqir menghampar sejadah mengucap Takbir dan Salam..

setelah istikharah selesai keputusan di ambil berdasarkan gerak hati dan keyakinan...

al-haqir sedar bahwa setiap urusan dunwawi ada pro dan kontra, umpama pedang, jika pandai mengunakannya ia akan menjadi pembantu yang setia, tp jika sebaliknya mengundang benca...
abah al-haqir pernah berpsan(beliau seorang penulis sastera), " Internet umpama laut, sangat luas jika ada kompas dan kapal yang kuat pasti selamat".

dengan moral support dari sahabat seperjuangan Blog ini dapat diterbangkan ke udara,
semoga Allah memelihara di yang kotor ini dari perangkap Syaitan...


amin...

Luahan Jiwa:

Jejak Sufi

alhamdulillah


Dengan kurniaan Allah jalla wa A'zza, dan berkatnya penghulu para anbia' Muhammad saw. dan berkat para masyaikh yang sedia berbakti di medan da'wa...... akhirnya al-haqir Jejak sufi dpt membuka sebuah blog bagi meneruskan kelangsungan Nur da'wahnya sang Nabi mulia Muhammad saw.

semoga ini menjadi sati lagi langkah buat al-haqir jejak sufi menapak menjejaki mereka yang mulia pergi ke Alam baqa'....

apa yang diharapkan adalah tunjuk ajar dan nasihat dari mereka seagama dan bukan seagama sekiranya terdapat kecelaan sepanjang al-haqir jejak sufi melayari bahtera kehidupan ini...



al-haqir ila AL-JALIL

jejak sufi