Tuesday, November 18, 2008

Obama, obama dan obama



Obama, obama dan obama

Saat yang mendebarkan telah berakhr dengan sorakan, persaingan sengit antara Palin, Obama dan McCain telah terjawab. Selepas tamat tempoh berkempen rakyat amereka mula memilih. Saat demi saat keputusan dinanti dengan penuh debaran, setelah Palin jatuh lebih awal, kini tinggallah McCain dan Obama dengan rektorik masing-masing. Sudah pasti siapa yang lebih indah debunga harapanya akan dipetik rakyat.

Kita menyaksikan sebuah fenomena yang aneh, buat pertama kalinya liputan terluas dalam pemilihan presiden amerika syarikat diadakan oleh media seluruh dunia, Malaysia jua tidak ketinggalan. Pastinya internet lebih cepat, bagi mereka yang sudah tidak sabar lagi mengetahui keputusannya. Walau jika dibandingkan, pilihanraya sebelum ini adalah lebih menarik kerana kiraan dibuat beberapa kali. Namun inilah pertama kalinya dianggarkan seramai 130 juta rakyat AS keluar mengundi menjadikan peratusan keluar mengundi yang tertinggi dalam sejarah negara tersebut sejak 1960.



Tn. Senator Barack Hussein Obama

Memang menarik, selain karismatik dan pandai bermain kata-kata…personalitinya yang berdarah campuran itu menarik perhatian dunia, bapanya berasal dari Kenya sedangkan ibunya berasal dari Kansas, AS. Berslogankan “Yes we can”(Ya, kita boleh), Obama dari Demokrat akhirnya mengaut 349 undi mengalahkah pencabarnya John McCain calon dari Republikan. Ini bermakna beliau adalah presiden Amerika yang 44 dan manusia pertama berkulit hitam yang bakal mendiami Istana White House. Walaupun keputusan pilihanraya di North Carolina (15 undi) dan Missouri (11) kesemuanya melibatkan sebanyak 26 undi BPP masih belum diputuskan, ia tidak akan mengubah keputusan pilihanraya dan hanya akan meningkatkan undi yang diterima oleh Obama dan McCain.


Keptusan rakyat menipiskan lagi sensitiviti perkauman (apatik) yang selama ini menjadi barah masyarakat amerika. Demokrat kali ini berjaya merasuk pemikiran rakyat agar meninggalkan amalan nenek-monyang mereka yang membawa perpecahan semata. Walau sebenarnya islam telah lama mendahului dalam hal ini. Nabi Sang Mulia SAW. pernah berpesan agar taat kepada pemimpin walaupun ia berasal dari negara berkulit hitam dan tidak berkasut (papa) asalkan ia bertaqwa. Hari ini dunai menyaksikan kebenaran kata-kata baginda SAW.. Memang benar mereka yang berkulit putih akan diperintah oleh mereka yang berbangsa kulit hitam.

Dunia menyambut baik permahkotaan peresiden baru ini, Perdana menteri United Kingdom, Gordon Brown menyatakan bahawa pilihanraya presiden di Amerika Syarikat kali ini merupakan satu sejarah. Brown turut mendakwa bahawa dia dan Obama “berkongsi banyak nilai”.

Sementara itu, presiden China, Hu Jintao berkata dia mengharapkan kemenangan Obama akan memperkuatkan dialog diantara China-Amerika Syarikat.

Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy berkata keputusan pilihanraya tersebut memberikan harapan besar kepada dunia.

Kenya, tempat asal bapa Obama turut meraikan kemenangan presiden baru AS itu. Mwai Kibaki, presiden Kenya mengisytiharkan cuti umum sebagai tanda kegembiraan rakyat negara tersebut terhadap kemenangan Obama.

Di Indonesia, bekas rakan sekelas dan bekas guru Obama turut meraikan kemenangannya. Menurut Dewi Asmara, salah seorang daripada rakan sekelas Obama, “saya masih teringat dalam satu kelas, setiap pelajar menuliskan tentang cita-cita mereka. Ada yang menyatakan mereka mahu menjadi peguam, tentera dan juruterbang akan tetapi Obama mahu menjadi presiden”. Sungguhpun senator Illinois itu sudah tidak ingat siapakah mereka.

Di Obama, Jepun - sebuah bandar nelayan - turut merayakan kemenangan presiden kulit hitam pertama itu kerana namanya berkongsi dengan senator Illinois itu.

Obama dan harapan…dunia islam?

gambar: perarakan masyarakat minoriti muslim di london
"Detik perubahan sudah tiba di Amerika" Obama muncul dengan seribu harapan. menyeru seluruh rakyat AS supaya bersatu menyahut pelbagai cabaran mendesak.

Dunia afghan terutamanya mengharapkan presiden ke-44 ini dapat menghentikan kesengsaraan yang dihadapi mereka saban hari. Jelas sekali perkara ini dalam ucapan Irene Khan setiausaha agung Amnesty International (AI) , beliau telah menuntut agar presiden AS yang baru menutup kem tahanan suspek pengganas Guantanamo di Cuba yang kini memenjarakan 255 orang yang disyaki terlibat dengan Al-Qaeda, sebaik saja 100 hari setelah menjadi presiden.


Selain itu obama dilihat sebagai perungkai kekusutan ekonomi dunia yang sedang membelit negara-negara yang berdagang mengunakan matawang Us. Dollar. Krisis yang dihadapi kini dikatakan bakal menyamai Great Depression pada tahun 1930-an dahulu. Oleh itu, semestinya Obama perlu berdepan dengan cabaran bagi merealisasikan harapan yang ditaburnya kedalam masyarakat dunia.

Namun, hakikatnya…jika tirai kebenaran diselak, ternyata Obama tak ubah seperti presiden-presiden Amerika yang dahulu. Muncul dengan penuh harapan dan penuh karisma tetapi setelah menjualnya dan berjaya mengaut kepercayaan ummat dunia, ia mula menunjukan taring sebenarnya. Mula menindas dan mengganas, membunuh dan menipu. Selain hanya bermatlamatkan keuntungan sendiri, mereka jua adalah ayah angkat kepada Israel.

Obama sebelum apa-apa sudah memberikan isyarat bahwa jalinan baik dengan Israel akan diteruskan. “ bangsa yang paling malang adalah rakyat palestien kerana enggan mengiktiraf bumi Israel” itulah isyarat refomasi obama kepada perpaduan, keamanan, dan ekonomi dunia. Pencaturan yahudi amat licik, hari ini ia membawa watak baru dalam teater pembohonganya. Pernah penjajah inggeris di India menyebutkan bahwa “sesebuah bangsa mana mungkin dapat menerima penjajahan bangsa asing, tapi ia akan dapat menyambut baik penjajahan iyu jika ia dating dari kalangan kulit hitam itu sendiri (mereka sendiri)”. Deri kata-kata itu, Israel berorentasi bahawa watak yang sesuai sebagai penjajah adalah dari kalangan masyarakat itu sendiri.

Jejak sufi (al-haqir) merasa sedih dan hairan mengapa dunia islam boleh menyambut kedatangan boneka baru ini, sahabat jejak sufi dari negara USA , sayfuddeen (beliau berbangsa Kurdis)dan merium dari UK ( berbangsa Pakistan) sebaik saja mendengar sorakan untuk presiden baru ini dating dari negara muslim segera mengutus perasaan pilu dan kecewa mereka terhadap kaum muslimin yang begitu mudah ditipu oleh musuh. Selain itu al-haqir jejak sufi jua turut kecawa dengan Parti Islam Semalaysia (PAS) yang menghulurkan ucpan tahniah kepada Tn. Senator Barack Hussein Obama.

Apa yang membezakan democrat dan Republikan adalah hanya beberapa dasar yang hanya menguntungkan rakyat non-muslim di amerika syarikat. Dengan aliran yang sama (kapitalis) sudah tentu siapapun menang ia akan tetap mencengkam dan menindas. Kerana itulah dasar kapitalis, Cuma mungkin dasar pelaksaannya agak berbeza. Demokrat dilihat lebih lembut berbanding lawannya.

Beberapa hari lepas Utusan Malaysia meloporkan pertemuan antara Obama dan presiden George W. Bush diadakan, pertemuan itu belaku dalam tempoh jam yang lama. Semestinya Bush sudah memberi tips yang berguna buat Obama selain ingin memastikan dasar-dasar diskriminakasi terhadap dunia tedak dibaikan. Sesudah dari itu, persidangan G20 diadakan segera oleh Bush bagi memastikan ekonomi terus dipegang oleh negara-negara non-muslim sekaligus terus mengimbirikan usaha ekonomi dunia islam menjadi gergasi dunia yang mampu bersir dengan kekuatan mereka sendiri tanpa begantung harap kepada Amerika. Dalam peridangan G20, keputusasn yang dicapai adalah FSF (forum Kestabilan kewangan) berperanan lebih besar dalam mementukan dasar dan piawaian kewangan bakal dipatuhi oleh pengawal selia di setiap negara.

Jelas sekali pabila beliau mula mencadangkan bagi memasukkan seorang zionsit kedalam kebinetnya kelak. Manakala tentera us yang berada di iraq masih enggan meninggalkan negara lagenda saddam itu walau sudah diarahkan keluar selewatnya 2010. misi utama Obama adalah bagi mengukuhkan kestabilan politik dan ekonomi dalaman. Ini sudah tentu soal ekonomi dan perdangangan luar, hubungan dengan negara lain dijadikan no.2 kerana prioritinya adalah seperti disebutkan. Oleh itu manakah harapan dunia islam?.

Kisah Obama buat rakyat usa.


Kisah Barack Obama mirip harapan rakyat Malaysia ketika memberikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam pilihanraya umum 2004.Abdullah pada ketika itu berjanji akan melaksanakan reformasi terhadap sistem kehakiman, pentadbiran negara dan ingin memerangi rasuah.

Akan tetapi sepanjang pemerintahannya hingga ke 2008 menyaksikan kegagalan (Datuk Seri) Abdullah untuk melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat Malaysia. Akibatnya (Datuk Seri) Abdullah tertanya mengecewakan lantas dihukum oleh rakyat Malaysia. Buat pertama kalinya selepas 1969, Barisan Nasional hilang penguasaan majoriti 2/3 di parlimen.

Jika Obama gagal melaksanakan janji-janjinya, beliau akan menerima nasib sama seperti Abdullah pada masa akan datang.

Cabaran yang dihadapi oleh Obama pada masa akan datang amat besar dan beban yang bakal dipikulnya selepas menjadi presiden AS yang sah pada pertengahan Januari 2009 amat berat.

Apapun masa akan meperlihatkan segalanya, Allah lah penentu dan sebaik perancang. Kerana perancangan Allah pasti terjadi, Allah –lah peklasananya dan Dialah yang berkuasa atas segla sesuatu. Ada yang berpendapat, obama akan senasib dengan Kennedy, ada yang mengatakan watak obama berlainan namun misinya adalah serupa dengan terminator model sebelumnya (Mr. Bush)…tulisan ini hanyalah pendapat al-haqir yang hina disisi tuhannya, semoga Allah menerima tulisan ini, dan Habibul Mustafa saw. memperakuinya….



# ﺍﺼﻠﺢﺍﷲﺍﻣﻮﺮﺍﻠﻤﻟﺳﯾﻥ



# ﺼﺮﻑﺍﷲ ﺸﺮﺍﻠﻤﻮﺀﺬﯾﻥ #


semoga allah memberbaiki urusan kaum muslimin
dan dihindarkan mereka dari segala ganguan kejahatan


(doa oleh tokoh besar sufi al-Imam al-Qutb Abdullah B. Alawi Al-haddad,
1066 h-1132 h, di hadramaut, yaman)



Bicara semasa :
al-haqir ila AL_QADIR

Jejak sufi

No comments:

Powered By Blogger