Tuesday, December 30, 2008

2008 Penutup yang sadis buat Malaysia (siri 1)








Kerakusan politikus atau demam rakyat.

Tahun 2008 adalah tahun amat berwarna-warni. Pelbagai fenomena memeranjatkan, rancangan Tuhan dilaksanakan dengan kekuasaanNya. Tiada apa yang dapat menghalang. Pembentangan bajet yang agak kecil peruntukkannya buat rakyat membuka tirai beberapa bulan sebelum 2008 menjelang. Semua parti politik menjadi gamat apabila pilihanraya umum menjelang pada bulan Mac. Isu minyak menjadi perbahasan hangat apabila pembangkang mempolitikkan isu ini, kerajaan sedia ada cuba membersihkan diri dengan 1001 alasan. Tidak lupa jua , isu pada awal tahun ini telah menjadi pembuka selera kepada pembangkang apabila Mantan Menteri Kesihatan Choi Sew Lek mengejutkan negara dengan skandalnya yang amat menjijikkan. Lebih menjijikkan seorang pemimpin yang runtuh moralnya tetap dijulang pada pemilihan MCA. Choi diisytihar menang pada tanggal 18 okt. Hari besejarah, demi periuk nasi rakyat Malaysia yang merakyat berteraskan rukun negara kesopanan dan kesasusilaan tegar memilih pemimpin rendah moral menerajui parti mereka.

Kemenangan kuasa alternatif rakyat membentuk kerajaan campuran di beberapa buah negeri merobohkan tembok perkauman yang menjadi amalan politik Barisan Nasional. Pakatan rakyat bukan sahaja disertai oleh parti yang bersifat agresif dan aktivisme Democrat Action Party(DAP) yang majoritinya adalah mereka yang berbangsa Cina, malahan Parti Islam jua (PAS) menjadi salah satu tunjang utama walaupun hakikatnya mereka disatukan oleh parti berdasarkan liberalisme PKR. Perhimpunan Protes dan JERIT menimbulkan pelbagai tanda tanya. Dihujung tahun parlimen kembali bergegar apabila Penasihat PKR kembali untuk bersilat bersama-sama Presiden Pas dan Penaung DAP. Belum sempat habis bersorak, misi 16 September gagal.

Barisan Nasional kian goyah parti komponennya bertelagah sesama sendiri. Umno pula menjadi kian runcing setelah dicemari politik wang dan perebutan kuasa dalam pemilihan jawatan kuasa pusat. Manakala negara terus di beri pingat apresiasi apabila dunia melabelkanya sebagai negara ke 47 daripada 100 negara paling banyak rasuah. Bagi meperkukuhkan kembali media berkerja sama memburukkan Pakatan Rakyat dengan menukar nama yang indah itu kepada Pakatan Pembangkang (al-Ahzab agaknya), memprovokasi isu ternakkan khinzir dsb. Namun sikap ketamakkan BN masih tidak berubah, pemilihan Umno baru-baru ini memperlihatkan dua calon ketua wanita berebut tahta.

Kemualan dalam menyertai Umno membuahkan hasil lumayan kepada pembangkang. Seorang demi seorang ahli BN gugur melompat ke parti lawan termasuklah Ketua Umno cawangan Petaling Jaya, selangor Kepten (B) Datuk Zahar Hashim. Ini ditambah pula apabila PM Malaysia ke 4 Tun Dr. Mahathir kembali turun padang membongkar kebobrokan partinya sendiri.

Perjalanan 2008 juga amat mengerikan. Saban hari akhbar memaparkan kes jenayah rompakan, bunuh, pemalsuan sijil kelayakan perubatan, dan sebagainya. Kes jenayah sudah bagai satu kebiasaan. Mayat demi mayat ditemui dalam keadaan yang sadis, ada yang dibakar, di telanjangkan dan sebagainya. Mangsa sudah tidak kira usia, malahan pelajar jua mati dibelasah di kebun getah (18 dis. kuala nerang). Kemanusiaan sudah terhakis sementara pemimpin asyik berpolitik. Apatah lagi sistem kehakiman yang tercalar apabila Penasihat PKR cuba membongkar korupsi dalam video Linggam. Kekejaman manusia khususnya di Malaysia diteruskan apabila warga Mongolia turut diletupkan dengan bom. Sekali lagi sistem perundangan Malaysia menunjukkan ketelusannya,31 okt. Abdul razak Baginda bebas tanpa perlu membela diri.

Isu bukit Antarabangsa turut menjadi mangsa. Runtuhan bukit juga boleh dipolitikkan. Bertapa jijiknya ‘keikhlasan’ mereka. Sedangkan mangsa banjir yang menjadi rancangan tahunan Allah di pantai timur tidak dipedulikan. Apakah kerana status penduduk bukit antarabangsa menjadikan mereka layak menikmati bantuan sebegitu rupa. Dihidangkan makanan hotel terkenal dipagi hari raya, sedangkan mangsa banjir hanya memakan nasi sejuk bungkus?. Kematian di bukit tersebut dilaporkan hanya 5 orang setakat ini.

Begitulah landskap politik Malaysia tahun ini, isu perkauman sering dimainkan. Belum terjawab isu ketuanan melayu yang sudah nyata tidak releven. Isu papan tanda dipolitikkan. Hak kaum bukan Muslim dalam mengaut keuntungan dari ternakan khinzir dinafikan.

Akhirnya , para politikus ini dikejarkan dengan pilihanraya kecil kali kedua pada 2008. Setelah Permatang Pauh, kini P36 Kuala Terengganu pula menjadi rebutan. Berlakulah seperti biasa, setiap malam kedengaran parti yang bertanding mengambil bahagian dalam sesi mencaci pihak lawan. Sehinggakan ada yang sanggup memperkecilkan hukum Allah demi satu coretan “x” disebelah namanya.


Kuasa mempertikaikan fatwa.

Masyarakat Islam seperti biasa masih senang dan nyeyak dibuai mimpi-mimpi indah. Kenyang dengan retorik para politikus mereka. Mereka lupa bahawa tugas pemimpin itu menjaga kebajikan mereka. Menjaga kesihatan, pendidikan, ekonomi, keselamatan bahkan mendidik mereka agar kenal dan takutkan Tuhan. Impak dari buaian mimpi indah itu, sensitiviti agama kian terhakis.

Isu yoga dan pengkid menjadi perbahasan hangat dihujung tahun ini. Yoga di fatwakan ‘Haram’ kerana adanya unsur keagamaan hindu. Manakala pengkid pula ada unsur tashbih (ﺘﺸﺒﻴﻪ ) yakni peniruan berlainan jantina sedangkan hadis jelas mengharamkan menyerupai agama lain dan lelaki meyerupai wanita begitu sebaliknya.

Jelas, setelah al-haqir Jejak sufi sendiri mengkaji seni senaman yoga ini memang ada unsur keagamaan hindu didalamnya yang bakal merosakkan akidah. Selalunya pengamal senaman ini diminta menenagkan diri dengan mengosongkan minda bagi tujuan merehatkan (meditasi). Walhal dalam tasawwuf, seorang Muslim ditegah mengosongkan minda. Ini kerana meditasi dan ketenangan seorang Muslim itu berada apabila ia mengingati kehangatan dan kelembutan kasih-sayang Tuhan yang dilimpahkan kepada dirinya. Mengosongkan minda boleh membuatkan syaitan yang mempunyai belalai seakan babi bernama Khannas masuk melalui nafas lalu mengikut aliran darah sehingga ia hinggap ke perdu hati lalu bertindak mengwas-waskan akidah Muslim. Selain itu banyak unsur-unsur yang jahat mampu menyelewengkan akidah Islami seperti penyatuan dengan alam, unsur kepercayaan , amalan fizikal, mantera dan pemujaan.

Fatwa ini dikeluarkan oleh ahli Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Abdul Shukor Husin pada 23 nov. Majlis Fatwa Kebangsaan berfungsi sebagai Majlis yang mengeluarkan fatwa bagi hal semasa untuk menjadi panduan ummat Islam. Ini kerana segala yang melingkar dalam kehidupan ummat Islam ia dikaitkan dengan soal hukum. Samada ia Wajib, Sunnat, Haram dan Makruh serta Mubah (boleh). Majlis ini dianggotai oleh golongan profesional dan intelek. Bukan sekadar bidang keagamaan malahan mencakupi pelbagai bidang lain termasuk kedoktoran, psikologi, dan sebagainya. Kemudiannya fatwa akan diserahkan untuk diwartakan dalam oleh Dewan Undangan Negeri di setiap negeri dibawah Akta Syariah.

Apa yang menyedihkan setelah ia difatwakan. Majlis Fatwa mendapat respon negatif dengan ditentang hebat oleh penganut agama Islam sendiri termasuklah orang awam dan para artis seolah-olah mereka lebih berpendidikan dari golongan intelek ahli Majlis Fatwa Kebagsaan .Sebagai contoh ,komen yang dikeluarkan artis apabila disoal tentang isu yoga mencerminkan sifat majority para artis yang tidak mempedulikan Islam dalam kehidupan seharian malah lebih melampau berani memperlekehkan Islam seolah menafikan agama dan Tuhan mereka.. Bahkan dikatakan fatwa dikeluarkan terlalu terburu-buru. Apabila ulama tidak memberi fatwa dituduh pula ulama kolot dan tidak mengikut peredaran zaman. Inilah sikap ummat melayu di bumi Malaysia, sungguh memalukan. Sifat ummat Melayu ini samalah seperti si buta berhujah mengenai gajah dengan si celik.















?






Selain ummat Islam boleh mengamalkan pelbagai jenis senaman yang ‘halal’. Fakta menunjukan solat itu sendiri adalah senaman 5 kali sehari. Ianya telahpun dibuktikan secara saintifik.

Fatwa hanyalah melibatkan mereka yang beragama Islam kerana Islam adalah cara hidup bagi ummatnya. Namun, apa yang sarkastiknya mereka yang bukan beragama Islam pun menyerang fatwa ini. Ini menunjukkan kebiadapan mereka terhadap Islam. Bahkan non-Muslim juga sudah jelas mengenai hal ini. Buktinya akhbar The Star sendiri faham mengenai kepada siapa fatwa ditujukan. Akhbar tersebut menyebut dilaman utamanya (23 nov) Fatwa Council deems ancient form of exercise from India haram for Muslim”.

Selain IFC, SIS (golongan munafiq yang berfahaman Islam liberal) dan lain-lain muncul menentang dengan penuh kebiadapan. Setelah dibongkar oleh YDP TERAS Yang berbahagia Azmi Hamid, sebenarnya mereka adalah NGO yang bertujuan meranapkan kaum Muslimin di Malaysia dan kewangan mereka dibantu sepenuhnya oleh Gerakan Kristianisasi Antarabagsa. Manakala YDP ABIM Kedah Hafiz Mustafa Lubis pula membongkarkan (ketika itu beliau masih Setiausaha ABIM Kedah) mereka dianggotai oleh golongan profasional non-Muslim dan termasuk ahli politik komponen BN dan pembangkang . Dianatara pembongkaran lagi termasuklah IFC turut bergiat membantu kewangan ajaran sesat seperti ibu-Lia, ayah Pin, nabi palsu Kahar dan banyak lagi (kecuali gerakan aurat muhammadiah @ al-arqam).


Dihujung tahun ini anehnya ayah Pin muncul kembali…apakah makna semua ini?. Apakah IFC sudah kembali aktif dan utuh ? .tidak lupa kepada isu cadangan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad (14 Nov)supaya undang-undang lazim dan undang-undang Syariah di negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam, diharmonikan melalui penggabungan kedua-dua mahkamah sivil dan syariah. Yang bakal merobek kesucian Islam dalam mengamalkan dasar convivencia. Cadangan beliau dijawab oleh Prof Aziz Bari didalam akhbar pembangkang. Satu demi satu isu kebiadapan pihak tertentu kepada ajaran Islam adalah interprestasi daripada kerendahan nilai umat islam dan para pemimpin negara yang beragama islam. Sudah tiada lagi nilai intergriti yang dihayati oleh para poltikus Islam. Dimanakah masa depan ummat Islam?. Itulah yang menjadi tanda tanya kita dipenghujung 2008



Suara prihatin

Jejak Sufi

No comments:

Powered By Blogger