Tuesday, December 30, 2008

Penutup 2008 yang sadis buat Dunia:

Bencana dan rencana.

Bom di Kashmir, meletup di Mumbai.

Pengeboman di Mumbai memeranjatkan kita. Apatah lagi warga Malaysia adalah di antara yang terbunuh. Sudah menjadi budaya kaum hindu dan pemimpin India sejak dari tahun pemerintahan Raja zalim Asoka lagi menindas dan menzalimi kaum muslimin disana. Sejak dulu lagi masjid sering dirampas lalu diruntuhkan atau dijadikan kandang kuda dan tempat pembuangan sampah (lihat buku : India dan sejarahnya oleh abu ali al-banjari a.k.a syiekh ahmad fahmi zamzam an-nadwi al-maliki). Diskriminasi bukan lagi satu keanehan.

Jadi tidak hairanlah jika setiap hari letupan membunuh kaum Muslimin di Kashmir tidak diendahkan. Sedangkan sebiji letupan bom di Mumbai terus diwar-warkan dan dicari dalangnya. Seperti biasa, Islamlah punca segalanya. Mungkin sudah sinonim Islam dikaitkan dengan keganasan. Segera Pakistan menghulur tangan damai dengan seterunya India. Apakah kerana takutkan sesuatu?. India pula memanipulasi keadaan meminta ekstradisi dari Pakistan.



Demokrasi sempurna ciptaan barat.

2008 memperlihatkan kita kesempurnaan demokrasi barat. Lihat sahaja sikap prihatin mereka menjaga dunia Arab. Palestin, Iraq, dan Afghan antara contohnya. Demokrasi mula berbuah disana. Begitu jua Saudi di bayar jutaan dolar setiap tahun. Mungkin Iran bakal menyertai ‘saudaranya’ Iraq. Malaysia jua nyaris dicampur tangan oleh ‘Hakim Dunia’ ini dikala isu kebebasan demokrasi dicalari dengan tindakan akta keselamatan dalam negeri (ISA). Thai akhirnya berjaya melalui demokrasi ‘sihat’. Ribuan tercerdera sementara peralihan 5 presiden negara gajah putih itu berlangsung. Inikah kesempurnaan demokrasi yang diajarkan oleh barat kepada kita?.



Kebergantungan kepada Tuhan kedua.





Selain mempercayai tuhan agama masing-masing. Pemimpin dunia termasuk Malaysia mempunyai tuhan kedua, mungkin ketiga selepas kuasa dan wang. Ia adalah sang maha kuasa Amerika. Jelas saja, segalanya dipasrahkan kepada mereka. Samada dari sekecil benda seperti menumpang lalu jet pejuang sehinggalah ekonomi dan mata wang. Pakistan-india turut mengharap intervensi AS dalam perdamaian mereka. Mujurlah dewa Rise dihantar membantu.

Kesan kebergantungan dari segi dagangan antarabangsa. Pemulihan demokrasi sehinggalah penyelesaian sekecil masalah mengecewakan, apabila Tuhan ke2 para pemimpin ini sebenarnya jahil. Demokrasi mendaji demo-kerasi (loghat kelantan : mereka yang mengerasi). Ekonomi hancur. Perkongsian Malaysia dan Jepun dalam perindustrian terjejas adalah implikasi dari penurunan 8.1 % dalam industri tersebut. Ribuan menganggur dan dibuag kerja. Perdamaian menjadi kehancuran. Jutaan terkorbandan cedera . Lembaran tulisan perjanjian ini dan itu ternyata tidak berguna. Bahkan semua penghuni dunia menanti keretakkan negara, menanti penuh debaran masa depan pada tahun 2009. Mesir pula tidak ketinggalan, salah satu sumber ekonominya jatuh mendadak sebanyak 30%(industri perlancongan) menyebabkan negara bersejarah itu menjadi tempang . Mungkin Malaysia agak bijak menandatangani MOU dengan kuasa besar dunia arab Republic Islam of Iran.

Tidak mengapa dunia, mungkin tuhanmu itu telah lemah kerana sudah dibaling kasut oleh Muntadhar (14.dis) . Nah, kini kau nantilah tuhan mu yang baru. Mr. Presiden America yang baru ditabal pada 5 nov. kerana yang dulu sudah bersara. Mr. Obama dikau harapan kami…..


kritis
Jejak sufi

No comments:

Powered By Blogger