Thursday, December 10, 2009

BTN dan Kisah Rabiyyah Adawiyyah

isu BTN kembali hangat, dahulu Parti Islam Malaysia pernah mengaitkan program BTN ini dengan isu aqidah. kini ia kembali, kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor pula menyifatkan ia sebagai propaganda politik. Dr. Halimah Ali (exco) dalam kenyataannya menyifatkan bahwa BTN telah meracun pemikiran anaknya dengan menyerapkan fahaman rasis dan menanamkan rasa benci kepada parti lawan Barisan Nasional. Selain itu, ahli parlimen Seri Setia YB.Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan bahawa unit pengisian program didalam khursus BTN menyebarkan fakta palsu dengan mendakwa PKR adalah agen yahudi, DAP parti dari singapura dan PAS pula adalah pemecah-belah bangsa.




Dasar BTN (Biro tata Negara) sememangnya baik dan patut dipuji, namun apa yang meragukan adalah perlaksanaan dan pengisian di dalam program BTn itu sendiri. dari pengalaman al-haqir mengumpul beberapa pengalaman lepas, dari pengamatan kisah-kisah sahabat-handai, ternyata kenyataan ahli politik Pakatan bukannya sebuah dongengan.




Ini kisah benar!!



jika mereka mengeluarkan statement bagi mengukuhkan tindakan kerajaan negeri selangor, al-haqir pula ingin bercerita untuk sebuah kesedaran. terutama kepada para pendakwah muda ditanah air tercinta. kisah ini adalah bukti bahawa al-haqir cintakan negara dan bangsa dan menjunjung teguh sebuah agama. ini sebuah kisah renungan buat golongan negarawan ....



kisah bermula apabila al-haqir meningkat remaja. semasa itu al-haqir menuntut ilmu di salah-sebuah pasentren. di pasentern tersebut kami mempunyai 3 peringkat pengajian dimana 1 tahun untuk peralihan, 4 tahun pertengahan (al-mutawwasit) dan 2 tahun untuk peringkat tinggi (al-aliyyah). jadi keseluruhan pengajian kami adalah memakan masa 7 tahun. Bagi pelajar yang gagal pula, mereka perlu mengulang tahun yang tidak lulus bagi membolehkan menaiki kelas/tahun seterusnya.





semasa tahun ke 4 al-mutawwasit kami terpaksa dicampurkan dengan pelajar perumpuan walaupun sememangnya aktiviti di pasentren mengasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan sepenuhnya. ini kerana kekurangan kelas dan tenaga pengajar, maklumlah sekolah persendirian. kalau sekolah dibawah kerajaan bolehlah minta bantuan.





al-haqir dan kawan kawan mula berbual kosong, sambil usik mengusik. "manalah tahu nanti kawan kita ni dapat yang berkenan, pastu terus nikah dengan budak sekelas". kami terus gelak sesama kami. memanglah begitu kebiasaan pelajar kami disini. tiba-tiba al-haqir mencelah, "ana rasa kelas kita esok akan bising"... "kenapa pula?'"seorang sahabat bertanya..."ya lah , perempuan, mulut banyak, kuat mengumpat plak tu" al-haqir memerli sinis, sewaktu itu al-haqir memang sangat anti dengan pelajar perempuan.(maaf kalau kaum hawa terasa)...



Pada hari pertama, keadaan kelas menjadi sepi. "biasalah kali pertama belajar sekelas" tekaan al-haqir meleset, tapi tetap hendak meyakinkan kawan-kawan. namun apa yang menghairankan keadaan begitu bertusan sehingga tamat sessi tahun itu. Jika ada masa kelapangan diantara mata pelajaran pelajar muslimat akan membaca al-quran dan menghafaznya.





bukan sekadar itu, semakin hari semakin sengit persaingan antara kami dan pelajar banat (perempuan) . "Jangan malukan kaum" mungkin itulah slogan sebahgian daripada kami. Namun, al-haqir tetap berpegang dengan prinsip menuntut kerana menginginkan redha Ilahi. rasanya itu lebih tepat.





Semasa sesi pembelajaran berlangsung, para kiyai sering bertanya soalan kepada kami untuk mengjangka tahap kefahaman kami. ternyata ada beberapa orang pelajar perempuan berusia 17-19 tahun mempunyai kemampuan luar biasa . kebanyakan mereka adalah hafizah. sekadar itulah maklumat yang kami perolehi hasil dari ta'ruf pak kiyai dan mua'lim didalam kelas, mana berani tanya lebih-lebih. lebih-lebih lagi, kami dipisahkan dengan sitr(penghalang/dinding) antara lelaki-perempuan didalam kelas.




jadi, nama pelajar perempuan yang mendapat pujian di bibir mua'lim sering bermain ditelinga kami(mungkin di hati jagak kot...hahaha), wara', bijak, jika mereka berjalan tidak pernah melangutkan kepala, jika mereka bercakap tidak pernah meninggikan suara, jika mereka berhujah semasa didalam kelas (apabila diminta mu'allim) tidak pernah menghina...jika berjaya tidak pula berbangga...sebaliknya sentiasa mengembalikan pujian kepada haknya(Allah swt.), badan mereka sentiasa dilitupi tudung labuh dan purdah/niqab. mereka teguh dalam memegang bara Islam. Ini jelas apabila kami membaca tulisan mereka dalam majalah bulanan keluaran pasentren.







Dihujung pengajian...



setelah beberapa tahun, kami melangkah ketahun akhir dipasentren. ada yang mengambil kesempatan untuk menduduki peperiksaan arus-perdana disamping terus mendalami ilmu agama dipasentren.tidak ketinggalan jua 2 orang daripada gadis pingitan kelas darim kelas kami.

Pihak pasentren tidak menghalang kerana sememangnya menunntut ilmu duniawi jua tuntutan agama, asalkan usah menjadi gila kepadanya.





Selang beberapa menjak, nama mereka sering disebut-sebut oleh pihak displin pasentren, kali ini bukan kerana kecerdasan mereka. Tetapi mereka sering dipanggil ke bilik guru displin dan sering kedengaran desas-desus perubahan akhlak mereka yang mendadak. Manakala pandangan hidup mereka terhadap perjuangan, mula terpesong..."perjuangan, tak payah lah , cari makan sambil tolong orang pun boleh, contoh jadi doktor, bayaran tinggi pun dapat, itu pun dah kira tolong orang lah...".



Mereka mula menanggalkan niqab yang diwajibkan keatas semua pelajar perempuan. Mereka mula menganggap golongan pejuang agama ortodok, sempit pemikiran dll. Tak sudah dengan itu ada sahabat yang mengadu kepada al-haqir ternampak mereka ber"manis-senyum" dengan seorang pelajar lelaki kolej perubatan.



kemana pergi malunya mereka?....

kemana perginya keteguhan mereka?...

kemana kah rabiah yang dahulunya menjadi idaman hati dan rebutan pelajar lelaki?....



apakah quran yang dihafaz telah meninggalkan mereka?...

atau...

mereka yang meninggalkan quran yang dihafaz?...



adakah mereka telah terlupa pesan hamka dalam "Pandangan Hidup"?

atau...

mereka yang terlepas Pandang Dengan Kehidupan?





setelah disiasatdan kami berdialog dengan mereka berdua (perbualan tanpa ada unsur mencurigakan/zina). Rupa-rupanya barulah pecah temelang, fahaman dan gaya hidup jahiliyyah mereka didalangi oleh modul di dalam program BTN yang mereka hadiri.



mendengar itu, al-haqir segera bertemu dengan seorang sahabat dari (sekolah lain) yang turut menyertai dalam khursus BTN sesi yang sama. Kami tanyakan perihal modul didalamnya. ternyata mereka semua menceritakan perihal yang sama. Disebalik potriotik terselit rasism, disebalik kerjasama terselindung ikhtilat, dibalik sejarah tersulam kempen politik, sedangkan erti kenegaraan dan hala tuju para pemuda terus dipesongkan. Selain mencaci bangsa lain dan menakut-nakutkan peserta terhadap kaum cina, mereka turut mencerca Presiden GAMIS 2009(Gabungan Mahasiswa Islam)...



Bukan al-haqir ingin merasuk pemikiran pembaca agar selari dengan pola pemikaran pembangkang. Tetapi ini adalah jelas dan fakta. Dan Fakta adalah realiti. Kebenaran bukan untuk diselindungkan. "Ia jua tidak berpihak kepada sesiapa." Jelas sekali kata-kata Abu Hanifah ini dalam karangan Sayyid Ali Al-musawwa.



BTN usah Dibubarkan....



BTN tidak perlu dibubarkan kerna ia menjadi medan terbaik buat kerajaan menyampaikan mesej kenegaraan. tapi fungsinya perlulah diselia kawal. BTN seharusnya diberikan kepada tangan negarawan bukan politikus kerana politikus sememang membusukkan lagi usaha murni. Bersihkan BTN dari unsur dakyah rasis dan politik, caci-mencaci sesama manusia yang menmangnya melanggar batas. Bersihkan BTN dari pergaulan bebas. Jika tidak mampu bersihkanlah pihak pengurusannya atau penyeliaannya. Jika tidak mampu BERSIHKAN KERAJAANNYA....

No comments: